Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Aper cer? Lu idop lagi ker der??

Hekk ellehhhh… lopek la luu… ntah aper2 ntah…” Pening jugak aku kadang-kadang dengar anak Melayu bersembang bahasa yang sepatutnya aku paham tapi bila aku dengar aku tak paham… Aku ni berdarah jawa. Walaupun aku tak terer speaking Javanese, tapi buleh la jugak aku paham kalo orang jawa bersembang. Nak kata budak-budak Melayu yang sembang pelik tu bugis atau banjar… I don’t think so sebab dia orang budak area Kajang. Itu cuma cetusan pertama yang terpancut di benak minda aku yang kontot… muahahahahaha… Opsss sori ter’over’ plak gue… Ok, cetusan kedua. Aku rasa masa jaman aku budak muder dulu pon, orang tua aku sendiri pon mungkin tak berapa paham bahasa aku. Tambah laaa aku budak bee pee… lobey kacap telabik. So, inilah rasanya bila bahasa yang kita tuturkan beralun rentaknya meniti usia. Owwhhhh camtu jer. So takder la salah sangat pun. Cuma berbeza perisa dek kerana pandangan usia yang berbeza. Masa zaman 60an di Malaysia, Pop Yeah Yeah top… 70an hippies pulak top, diikuti Po

Rupa-rupanya Solat itulah Petanda Syurga… Subhanallah

Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda. Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap i

BISIK KASIH

Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin... Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin. Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih, Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih... Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij alalmuslimin... Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih, Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih... jadi hamba yang terpilih. Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin... Ya Rahman Ya Rahim,  Ya Fattah Ya Alim,  Ya 'Azim, Ya Karim, Ya Rabbal 'alamin.. Ya Allah yg Berkuasa, Hati ini dikau pembuka, Ya Allah yang Mendengar, Kasihi kami Ya Allah.. Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin.. Duhai Allah pemilik cinta, ku merayu bagai hamba, Cintailah daku Ya Allah, Ku mencintaimu Ya Allah Ya Allah Ya Allah...