Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2011

Kelabu Pandangan Celaru Fikiran… Dihantui Bayangan Kekuningan

Haram berkumpul macam tu…!! Sedapnya keluar fatwa. Masa belia diajak berhimpun nak sampai sejuta di Putrajaya tak ada pulak yang menyuarakan HARAM walaupun ramai yang layan menyanyi bersama-sama tak kira masa, bangsa, agama mahupun jantina. Jawab mereka, “tapi puak yang berkumpul walau tak sampai sejuta tu tak ada yang melanggar tatasusila Negara Islam termoden di dunia… Jadi apa salahnya?” Yang nak berkumpul dengan baju kuning ramai-ramai tu nak buat apa? Persoalan si buta bertanya kepada si tuli yang leka. 

Ibadah Komersil

Dunia hari ini seakan boleh jual apa saja asalkan ada pembelinya. Makin bertamadunkah atau makin gila agaknya jual beli segala benda? Asalkan ada yang sanggup membayar, golongan yang mampu menyediakannya akan berbaris dan berbondong? Pengkomersilan saban hari makin giat diusahakan, tidak kiralah dalam bentuk produk mahupun khidmat. Asalkan cukup pasaran, pasti ada yang tampil mengusahakan. Tidak cukup sekadar pasaran kecil-kecilan, rata-rata kebanyakan usahawan sentiasa memandang ke arah mengoptimakan pasaran menerusi pelbagai inisiatif pemasaran.  Asas sesetengah pengusaha, yang barangkali pada asalnya memperniagakan barangan atau perkhidmatan atas dasar tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan, sudah banyak yang hanyut dalam persaingan bermotivasikan penghasilan bermata duitan. Pendek kata, asal boleh datangkan hasil yang lebih, mengapa tidak? Kalau sebelumnya berniaga sebab suka bila dapat tolong sediakan keperluan, fikrah maddiyah bersendikan sifat dan sikap materialistik k