Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2014

Cemburunya Aku Matinya Begitu (4)

Kisah Isteri Sahabat Makkah "Assalamualaikum... enta tak tau cerita isteri Ishaq meninggal ka?", tanya Ismail kepada aku. "haaaa??? isteri Ishaq? kenapa??" tanyaku semula. "Meninggal asar tadi?". Ismail adalah anak Melayu kelahiran Makkah; sahabat aku dan Ishaq. Aku memang malam tu tengah siap-siap nak ke Mekah dengan kawan-kawan dari Jeddah. Kami semua terkejut dengar berita isteri Ishaq meninggal sebab baru beberapa hari sebelumnya kami dijamu makanan siam yang lazat dimasak oleh  arwah di rumah mereka di Khansaa. Arwah masih sihat orangnya sewaktu aku dan rakan-rakan dari Malaysia datang menjenguk Ishaq dan baby baru mereka dua minggu selepas musim Haji.Walaupun baru genap 40 hari melahirkan anak kelimanya dgn Ishaq, arwah sudah cergas memasak untuk tetamu suaminya. Air tangan masakannya juga hebat. Walaupun kami tak pernah duduk bersemuka dengannya kerana budaya Arab di sini yang betul-betul membataskan percampuran, kami percaya arwah adalah se