Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2012

Cemburunya Aku Matinya Begitu (3)

Kisah Cinta Pak Imam Duda dengan Janda Setia “Kak Idah dah meninggal hari jumaat baru ni” langsung terhenti sebak suara Mak memberitahu khabar kematian sahabatnya yang aku juga kenal. Kami berjiran tinggal sekampung. Arwah Kak Idah orangnya mesra. Sikapnya yang suka bergurau dengan keluarga kami membuatkan kami menganggapnya umpama saudara dekat. Tambahan pula statusnya sebagai janda berusia sekitar 50an yang tinggal berseorangan di rumah peniggalan arwah suaminya, menjadikan Mak yang memang merupakan seorang aktivis masyarakat lebih akrab dengannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun... Arwah suami Kak Idah ada seorang anak lelaki bersama arwah isteri pertamanya, jadi Kak Idah adalah ibu tiri kepada anak ini yang kini bekerja di Singapura. Pernah terdengar Kak Idah bercerita dengan Mak sewaktu hayatnya. “Minggu depan anak saya nak balik sinilah Cikgu”. Kak Idah membahasakan Mak aku ‘Cikgu’ sebab Mak memang Ustazah yang mengajar agama di kelas dewasa. “Jadi minggu depan s