Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Dilema Saudara

"...but it is possible that you dislike a thing which is good for you  and you love a thing which is bad for you but ALLAH knows and you know not"  (AlBaqarah : 216) Kau dan aku kadang tak tentu Ini dan itu semua mahu Adakah kita cuma begitu Seharus tahu apa yang perlu Rap Verse 1 Di batas pasir darah mengalir, menangis merintih anak bukan khuatir Hilang keluarga bagai musafir, dihalau, diherdik dihina oleh si kafir Kita di sini asyik terpanggil, bertanding gelaran diri siapa yang comel Pantang dituduh kau lebih kecil, sedang saudara dibalik tabir sibuk dibedil Antara kisah penghias dunia, saudara kita terluka terus derita Di sini layar di sana kisahnya, berbeza nama tapi jalan cerita tetap serupa Banyak yang lupa banyak juga yang terleka, kita sebenarnya sentiasa alpa Diampu cerita pelangi indahnya, menongkah arus hidup maya berselut noda Kau dan aku kadang tak tentu Ini dan itu semua mahu Adakah kita cuma begitu Seharus tahu apa yang

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah banyak b