Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2011

Serakah & Maghfirah

(Verse # 01) Berkocak menderu Aku, engkau dan dia begitu Terpacak menggaru Kita sama mahunya begitu (Bridge)   Bayu berpuput lembut Luar dalam, melagu gurindam Yang ku turut, cantik bertaut Yang ku idam, menghapus dendam (Chorus) Ku ikutkan fitrah bermanis serakah Ku layankan nafsu dilimpah sedeqah Makin terasa kurnia Yang Indah Bila diturut persona Sunnah Resah kian mendesah Keluh makin berpeluh Pasrah diulit gelisah Gundah merindu maghfirah Repeat Chorus (Verse # 02) Bersabar dahulu Aku, engkau dan dia begitu Redhalah Aqalmu Kita sama mahunya begitu Song by: Ejud SeeSharpMinor Lyrics by: Towil SeeSharpMinor

Supposedly

Many times we tend to think We are meant for everything People say there is a way If your heart wills want to stay Doing things as what He says Left alone we kneel to pray Take your time to feel His Grace Once you’re done you’ll be in place Wishing and hoping, willing and trying Making it worth to host my feelings Standing and falling, losing and healing Catching up my piece of living I don't care I'm not the first For as long I am the most It's not who you were with me But about who we wanna be ** And about how we choose to see Reality supposedly... by: Towil

...seHALAL nafsu...

Yang ini nak tak? Yang itu? Err… Yang sana tu? Yang satu lagi tu pulak? Soalan yang takkan berkesudahan jawapan andai terus ditanyakan kepada serakah insan. Memang begitulah lumrah nafsu. Jarang cukup setakat dapat satu. Biar berpuluh, beratus, malahan beribu… masih belum cukup dilahap semahu. Berpijak di hilir menggapai ke hulu… Asyik melayankan falsafah “selagi aku mahu”, tak cukup suku, tak puas sebuku. Berputar hujung dan pangkal, berpinar iman dan aqal… hanyut tak sedar berwaras dangkal. Orang lelaki kalau tentang nafsu, lazim bicara seloroh perihal setubuh. Mungkin ada kebenaran teori yang diujarkan Si Yahudi Sigmund Freud betapa manusia tumpuan pemikirannya berpaksikan nafsu seksual. Nafsu jantina sememangnya topik bicara yang sentiasa mampu memutar mata dan telinga para penonton khususnya lelaki. Alangkan sekadar yang normal sahaja sudah bisa jadi bahan bualan, apatah lagi yang mendebarkan di luar sana cari makan atau lebih jelek lagi yang songsang, sejenis, haruan sumbang,