Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

Mana BERSIHnya Kita?

Musim haji 1432 sudah berlalu. Tahun baru hijrah 1433 sudahpun menjelma. Ummat Islam seluruh dunia masih suam menyambut kepulangan jemaah haji dari tanah suci sedang pada masa yang sama meraikan kedatangan tahun baru taqwim hijri. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun hijrah yang lalu samada di peringkat individu mahupun kolektif. Antara lainnya yang ketara sepanjang tahun yang lalu ialah gelombang kebangkitan rakyat timur tengah yang majoritinya ummat Islam kelihatan semakin reda di penghujung tahun 1432H. Bagi para jemaah haji yang baru menunaikan rukun Islam kelima tahun lalu, pastinya banyak cerita yang mahu dikongsi bersama handai taulan dan keluarga. Di sebalik kenangan kemanisan beribadah di tanah suci dan cabaran yang dilalui, pastinya memori bermalam di Mina semasa menunaikan haji takkan dapat dilupakan. Bagi rakyat Malaysia yang berada di dalam Negara barangkali masih ingat kekeliruan mesej tweeter kepala Negara yang mendakwa sudah selesai ibadahnya seawal hari raya ha