“Dua perkara yang merosakkan bangsa; Rasuah & Tak Tepati Masa”, dialog Khir Rahman dalam citer ROCK oleh Bro Mamat Khalid. Sinis bunyinya ayat tu tapi kalau diamati maksudnya secara mendalam, memang banyak tersirat kebenarannya. Mungkin ada yang perasan mesej ini secara am dan mungkin juga ada yang anggap ianya sekadar jenaka yang mengisi ruang filem ROCK yang bersifat hiburan semata-mata. Apapun tanggapan penonton, aku nak ucap tahniah untuk Bro Mamat Khalid sebab hasilkan karya-karya yang bukan sekadar menghiburkan tapi mampu mengajak berfikir. Jika disorot peredaran masa berdasarkan pengetahuan manusia semata-mata, jelas akan ternampak betapa keterbatasan akal yang dianugerahkan kepada kita tidak cukup kuat untuk menjadi sandaran mentadbir dunia. Demikian juga halnya sewaktu para malaikat bertanya kepada ALLAH ketika ALLAH menyatakan hasratNya mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah pentadbir dunia. “Adakah layak dijadikan di dunia ini mereka yang merosakkannya serta menumpahka