Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Seperti Betmen

Oh seperti hero yang berlari Membela mereka bersungguh hati Tapi mengapa kau sendiri Hidup tak mudah macam bebiri Mengikut kata Si Gembala Agar aman dari serigala Wohoooooo… Chorus (2x) Siapa gembala kambing? Siapa peniaga asing? Siapa membelah laut? Siapa mendengar Semut? Siapa suara mendayu? Siapa menawan yang ayu? Siapa raja seisi dunia? Siapa menyembuh si buta? Banyak orang banyak ragam, ada yang geram, ada tergamam Ramai bercinta, ramai yang buta, tak kira bangsa tak kira masa Meleleh, memulih dan mengasih, engkau rasa terpilih Hati kau turut, rasa terpaut, walau orang kata mengarut Sebab itu kau patut takut, terjebak perangkap, berubah sikap Antara suka, gembira mengikut rasa Macam dunia, untuk kita selama-lama Aku punya, aku empunya. Engkau punya aku peduli apa  Pedulikan Dia, pedulikan mereka… Repeat Chorus   Ada yang kata, aku memang pandai bercinta Tak kurang juga, yang sangka, aku pandai bermain kata Lidah menutur, teratur jangan sampai te

Seindah Dunia

Bahang mentari bertatah sinaran Beburung terbang alam keriangan Cahaya terang berkerahmatan Aku nan leka mengejar harapan                 Luas bumiku tak jenuh diburu                 Engkau dan aku tak putus memerlu                 Bersarang di dada desir nafasku                 Kita tak rasa besarnya nikmatMu Sinar rembulan menerangi awan Kerdipan bintang bagaikan hiasan Indahnya malam begemerlapan Mendakap lembut jutaan insan                 Pungguk merindu tak putus merayu                 Aku yang kelu tak sedar diseru                 Terlupakah hamba janji Tuhanmu                 Asyik terlambat mengejar waktu ………………………………………………………………... Biar secantik manapun lukisan Takkan terlukis erti keindahan Biar setinggi manapun impian Takkan bermakna tanpa keredhaan Walau sebijak manapun fikiran Takkan terjangkau kebijaksanaan Walau segunung manapun kurniaan Takkan terbanding kasihMu oh Tuhan ………………………………………………………………….

Riwayat Pencari Cinta

Tersungkur dia di laman syurga Pabila termakan bujukan hawa Cinta sejati yang asyik dicari Mencalar hati menyesali sendiri Angkara licik dihasut sang api Musnah pengabdi tergadai budi Sesal penari mencari kasih Meruntun hati bila terpilih Biarpun lemas dihurung dosa Tetap tegar mencari cinta Merintih dia dalam munajat Demi percaya lautan rahmat Chorus Cinta agung cinta tersanjung Takkan rugi andai dicari Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Tewas pendeta tika terleka Lemas hanyut amal tersia Bingung dunia hilang penari Kala tersentuh cinta sejati Cinta agung cinta tersanjung Pasti kan rugi andai diganti Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Lagu: Ejud Lirik: Towil SeeSharpMinor

Sejuk

Dalam gerimis ku lihat dia menangis Sendu tersedu tika alam terdiam pilu Gugur kemboja di perdu pohon nya Longlai langkah di sulami gundah Ku titipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa Untukmu kekasih walau terpaksa daku bersedih Kerna percaya taqdirMu pasti tercantik buatku Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah Sesejuk salji yang memutih Sedingin hati kian merintih Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku Keampunan baginya sepanjang usia RahmatMu ku gapai meskipun terkapai Ku hirup angin yang memeluk dingin Semahunya ku mahu kau masih bersama Membina cita bersama melembar cinta Namun kasihNya sekudus RahmatNya Demi amanah padaNya ku berserah Lagu: Bobo Zoul Fazs & Syazwan Jaskul Lirik: Towil SeeSharpMinor