Skip to main content

Posts

Showing posts with the label artikel

Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Orang tua-tua dulu cakap macam tu… Dari dulu aku cuba nak pahamkan kenapa macam tu? Sampai hari ini masih tak terjangkau akalku. Kenapa perlu bermatian mempertahankan tanahair? “Ask not what the country did for you but what have you done to your country”. Itu cakap orang putih. Dalam Bahasa Melayu maksudnya lebih kurang, “jangan dipersoal apa yang Negara lakukan untuk anda tetapi tanyalah pada diri sendiri apa yang anda dah buat untuk Negara?”. Banyak kali aku cuba bersetuju dengan pepatah orang dulu-dulu… tapi kerap sangat aku jumpa alasan yang boleh menyangkal cakap itu. Kepercayaan setempat yang bersandar hukum adat sentiasa wajar disangkal oleh Syariat yang bersendikan hukum Islam sejagat. Kalau dulu aku tak nampak sangat beza Muslim dan Melayu. Sejak lahir dan besar di Tanah Melayu, aku dah banyak kali dengar pasal ketuanan bangsa kepada negaranya. Memang ada bahagian yang aku setuju… Cuma tak salah juga aku rasa kalau yang patut kita utamakan adalah ketuanan AGAMA kepada ...

Rupa-rupanya Solat itulah Petanda Syurga… Subhanallah

Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda. Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap i...

Menjarah Khibrah

Hmmmm… lain macam sikit bunyi tajuk kali ini. Ada yang tak terbayang maksud amnya barangkali? Beginilah untuk bantu mempermudah… ‘Menjarah’ itu maknanya merebut dan merampas milik orang (terutama ketika perang atau kekacauan). Khibrah pula perkataan pinjaman dari Bahasa Arab yg bermaksud ‘pengalaman’. Begitulah mantiq simpulan kata yang mencipta makna dalam tajuk yang tertera di atas sana. Kalau nak tahu kenapa… teruskanlah membaca ya ;-) Pengalaman… sepatutnya makin mendewasakan. Ada yang mendakwa pengalaman perlu sentiasa beriringan dengan ilmu pengetahuan, barulah mantap sebagai panduan dan ikutan. Dunia masih tetap di atas putaran. Siang dan malam masih silih berganti sebagaimana yang dinanti. Pasang dan surutnya air laut masih mengikut ketentuan waktu yang wajib diturut. Semuanya masih kukuh bertaut. Maka apa bezanya detik masa yang kita lalui semua? Orang berpengalaman kalau hidupnya sekadar statik sahaja apa yang boleh kita ikuti sebagai pedoman? Bagaimana menjarah ...

...seHALAL nafsu...

Yang ini nak tak? Yang itu? Err… Yang sana tu? Yang satu lagi tu pulak? Soalan yang takkan berkesudahan jawapan andai terus ditanyakan kepada serakah insan. Memang begitulah lumrah nafsu. Jarang cukup setakat dapat satu. Biar berpuluh, beratus, malahan beribu… masih belum cukup dilahap semahu. Berpijak di hilir menggapai ke hulu… Asyik melayankan falsafah “selagi aku mahu”, tak cukup suku, tak puas sebuku. Berputar hujung dan pangkal, berpinar iman dan aqal… hanyut tak sedar berwaras dangkal. Orang lelaki kalau tentang nafsu, lazim bicara seloroh perihal setubuh. Mungkin ada kebenaran teori yang diujarkan Si Yahudi Sigmund Freud betapa manusia tumpuan pemikirannya berpaksikan nafsu seksual. Nafsu jantina sememangnya topik bicara yang sentiasa mampu memutar mata dan telinga para penonton khususnya lelaki. Alangkan sekadar yang normal sahaja sudah bisa jadi bahan bualan, apatah lagi yang mendebarkan di luar sana cari makan atau lebih jelek lagi yang songsang, sejenis, haruan sumbang,...

Terbalik Rasa, Tersilap Guna, Tersesat Pula

Setiap sesuatu itu seeloknya yang pertengahan. Berlebih-lebihan mahupun terlalu kurang, keduanya lazim tidak mendatangkan hasil yang optimum. Pasti akan ada sahaja kesan sampingan yang tak kena dalam keduanya. Bagi yang menghidap penyakit kencing manis akibat terlebih gula juga begitu. Diabetes yang datang adalah kesan kepada berkurangnya insulin yang sepatutnya bertugas memproses gula menjadi tenaga dalam diri manusia. Memang pada awalnya manis gula tak mengapa, tapi bila dah terpaksa ambil tambahan insulin, gula itu sudah jadi bahaya. Banyak perkara manis dalam hidup kita yang sifatnya umpama gula. Sekadar yang patut boleh saja, tapi bila berlebih-lebih, tunggulah akibatnya. Kemudahan yang mewarnai kehidupan harian kita dalam dunia hari ini juga banyak yang pada awalnya nampak semanis gula tapi boleh bertukar kepada aniaya bila disalah guna. Teknologi ICT umpamanya; kalau berkadar diguna ikut keperluan sahaja jarang sekali menjadi perosak agama, budaya dan resam hidup manusia, tet...

Khabar Sekitar Perkhabaran

ALHAMDULILLAH… Ramadhan yang diberkati menjelma lagi. Kita yang masih dapat baca artikel ini maknanya masih bernyawa. Peluang yang ALLAH bagi untuk terus menghirup udara dunia yang masih percuma. Kalau tidak kerana bulan puasa sekali pun, kita sentiasa punya sebab untuk tak kurang menyatakan kesyukuran atas segala rahmat Tuhan. Inikan pula dapat peluang meneruskan sisa usia melalui bulan yang mulia sebelum masing-masing nanti dijemput mengadapNya. Sekali lagi ALHAMDULILLAH & terima kasih ALLAH atas segalanya. Di akhir Sya’ban baru-baru ini, beberapa perkara sempat menjadi tajuk berita yang menggamit perhatian ummat Islam di sini khususnya. Tolak tepi cerita politik yang takkan putus dari mewarnai agenda masyarakat Malaysia, ummat kita masih punya perkara yang layak menuntut rasa cakna. Rata-rata bagi yang sudah bijak menghargai nilai berpuasa, semakin ramai yang tahu dan mahu bersuara agar ibadah istimewa setahun sekali ini dapat dijaga dari dicemari. Kalau sedekad sebelum ini pas...

Kerana Syurga Bukan Percuma

“Kadangkala kefakiran menjerumuskan kepada kekufuran” Ujar Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya yang lazim mendengar dengan penuh ketaatan. Agaknya berapa peratus jumlah ‘kadangkala’ yang disebut dalam hadith ini menjadi statistik semasa? Dalam dunia serba canggih dengan segala macam teknologi yang memudahkan pada hari ini, nampak gayanya tak kurang juga yang kufur bukan kerana fakir. Malahan mungkin lebih banyak jumlahnya yang kufur dalam berada. Mengimbau kisah-kisah tulisan Wahid Kasran di Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan bacaan popular mingguan sekitar tahun 90an, banyak juga kedapatan kisah manusia melayan nafsu dengan imbuhan keduniaan. Tak kurang juga yang memperdagangkannya untuk imbuhan yang sama. Polarisasi fikrah manusia yang dipancang dan diperdaya dengan harta, kuasa dan serakah jantina adalah agenda lapuk Iblis dan sekutunya semenjak kita mendiami bumi tetapi masih tegar kita lalui berulang kali sehingga ke hari ini.

Emosi Benci Dan Suka Dalam Persepsi Kita

“Kalo kou aku dah benchi, keturonan kou pon aku tak mau. Anak kou tak ada. Aku dah bagi sama orang” Berdesing dialog Mak Dara yang pegang watak Ibu Mertuaku menghina Kassem Selamat lakonan P.Ramlee. Sampai macam tu sekali luahan kata watak Ibu Mertua yang busuk hati bencikan sangat ahlil mujik digambarkan di layar perak. Padahal kalau ikut jalan cerita, Mak Dara yang buta huruf cuma berbohong pasal anaknya Sabariah yang sebenarnya dah dikahwinkan dengan Doktor Ismadi dengan cucunya dipakejkan sekali. Berkesan sungguh emosi lakonan Mak Dara sampai memang benci betul penonton yang tengok wataknya.

Kelabu Pandangan Celaru Fikiran… Dihantui Bayangan Kekuningan

Haram berkumpul macam tu…!! Sedapnya keluar fatwa. Masa belia diajak berhimpun nak sampai sejuta di Putrajaya tak ada pulak yang menyuarakan HARAM walaupun ramai yang layan menyanyi bersama-sama tak kira masa, bangsa, agama mahupun jantina. Jawab mereka, “tapi puak yang berkumpul walau tak sampai sejuta tu tak ada yang melanggar tatasusila Negara Islam termoden di dunia… Jadi apa salahnya?” Yang nak berkumpul dengan baju kuning ramai-ramai tu nak buat apa? Persoalan si buta bertanya kepada si tuli yang leka. 

Ibadah Komersil

Dunia hari ini seakan boleh jual apa saja asalkan ada pembelinya. Makin bertamadunkah atau makin gila agaknya jual beli segala benda? Asalkan ada yang sanggup membayar, golongan yang mampu menyediakannya akan berbaris dan berbondong? Pengkomersilan saban hari makin giat diusahakan, tidak kiralah dalam bentuk produk mahupun khidmat. Asalkan cukup pasaran, pasti ada yang tampil mengusahakan. Tidak cukup sekadar pasaran kecil-kecilan, rata-rata kebanyakan usahawan sentiasa memandang ke arah mengoptimakan pasaran menerusi pelbagai inisiatif pemasaran.  Asas sesetengah pengusaha, yang barangkali pada asalnya memperniagakan barangan atau perkhidmatan atas dasar tanggungjawab membantu golongan yang memerlukan, sudah banyak yang hanyut dalam persaingan bermotivasikan penghasilan bermata duitan. Pendek kata, asal boleh datangkan hasil yang lebih, mengapa tidak? Kalau sebelumnya berniaga sebab suka bila dapat tolong sediakan keperluan, fikrah maddiyah bersendikan sifat dan sikap materialist...

Isu & Masa

“Dua perkara yang merosakkan bangsa; Rasuah & Tak Tepati Masa”, dialog Khir Rahman dalam citer ROCK oleh Bro Mamat Khalid. Sinis bunyinya ayat tu tapi kalau diamati maksudnya secara mendalam, memang banyak tersirat kebenarannya. Mungkin ada yang perasan mesej ini secara am dan mungkin juga ada yang anggap ianya sekadar jenaka yang mengisi ruang filem ROCK yang bersifat hiburan semata-mata. Apapun tanggapan penonton, aku nak ucap tahniah untuk Bro Mamat Khalid sebab hasilkan karya-karya yang bukan sekadar menghiburkan tapi mampu mengajak berfikir. Jika disorot peredaran masa berdasarkan pengetahuan manusia semata-mata, jelas akan ternampak betapa keterbatasan akal yang dianugerahkan kepada kita tidak cukup kuat untuk menjadi sandaran mentadbir dunia. Demikian juga halnya sewaktu para malaikat bertanya kepada ALLAH ketika ALLAH menyatakan hasratNya mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah pentadbir dunia. “Adakah layak dijadikan di dunia ini mereka yang merosakkannya serta menumpahka...

Warkah CINTA Rahmat Sekalian Alam?

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam (Al-Anbiyaa: 107). Begitu maksud kalam Tuhan sekalian alam menyatakan keistimewaan kekasihnya; seorang insan yang mulia yang dilantik menjadi pesuruhNya. Bagaimana boleh sampai begitu sekali hebatnya manusia teristimewa ini? Terpilih dari yang terpilih? Penghulu segala Nabi? ALLAH sendiri berselawat ke atasnya? Dicintai makhluk di langit dan bumi? Allahumma salli ‘ala Muhammad ;-) Cinta. Adakah ia suatu Rahmat antara sekalian rahmat? Cinta yang bagaimana? Senang diucap jawabnya CINTA ALLAH & CINTA NABI, tapi bila tiba bab pilihan hati setiap peribadi, berapa banyak masih berbaki jawapan ini secara hakiki? Jelas sekali Muhammad s.a.w telah diiktiraf menjadi kekasih ilahi yang dicintai sebagai balasan kepada cintanya yang tiada belah dan bagi untuk Tuhannya. Saling mengasihi dan mencintai. Pasti indah hubungan intim sesuci cinta begini kan? Rahmat Cinta dari Sang Pencipta… Aduha...

Memerdekakan Kemerdekaan!

"Being an independent, I serve no master but rakyat" - Wejok Tomik, calon bebas N16 Bengoh, Piliharaya Sarawak 2011. Dalam bahasa Melayunya lebih kurang, “Sebagai seorang yang bebas, saya tidak berkhidmat untuk tuan selain rakyat”. Begitu manis ungkaian kata bermadah bahasa Bro Wejok. Minda bebas merdeka tetap akan jumpa jalan keluar dari apa jua kongkongan dan kekangan yang menimpa. Di saat telingkah politik arus perdana terus jelek dilumuri skandal syahwat manusia berperi kebinatangan, terdengar suara anak muda bumi kenyalang dari kejauhan menyahut seruan berjuang, dengan semangat, minda dan jiwa anak merdeka. Ucapan SYABAS buat Bro Wejok yang suatu ketika di zaman remajanya adalah juga insan terpantas di trek lumba lari. Seandainya sungguh bagai dikata, tersemat kemas keikhlasannya di dalam jiwa, InsyaALLAH pasti tersurat ganjarannya. TAHNIAH atas keberanian menyanggupi tuntutan keprihatinan anak tempatan. Bagi kami yang mengharap kebaikan dari apa jua natijah perjuangan, ...

Bertekak Bertingkah Bukan Mesti Menang Dan Kalah

“Haaa… kan betol macam aku cakap aritu!” Kebetulan yang belum tentu disangga kebenaran. Barangkali sekadar agakan yang bertepatan. Mungkin cuma telahan yang bersesuaian. Apa jua rumusan sebenar perihal keadaan, ramai yang pantas menganggap kebetulan lazimnya kebenaran. Kata orang, “betulkan yang biasa, biasakan yang betul”. Persoalannya adakah anggapan betul boleh dikira sebagai mutlaknya benar? Kalau kita betul, adakah secara otomatiknya yang lain semua salah? Betul dan salah sudah terlalu dibiasakan dengan menang dan kalah. Sejak di bangku sekolah, kebanyakan kita diajar teknik berfikir secara objektif. Memang tak salah membentuk keperibadian yang tegas mendukung kebenaran, cuma bila kita berhadapan dengan cabaran pemikiran idealis yang tidak dipancang dengan kebenaran, kebarangkalian berbeza atau bertentangan fikiran adalah suatu kebiasaan. Justeru nilai yang menjadi pegangan akan dibicarakan secara berhadapan. Di sinilah tuntutan bertegas dalam kesederhanaan dan keterbukaan benar-b...

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata. Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.

Bodoh boleh belajar, sombong kurang ajar.

Kata orang tua, perumpamaan orang yang bijaksana tu bila menarik rambut atau benang dari dalam tepung, benang tak putus tepung tak berterabur. Tapi mamak roti canai cakap, “mana ada susah mau tarik itu banang, itu tepung kalu sudah uli tada tabor punya laaa”. Begitu resam kebiasaan hidup yang membentuk persepsi kebanyakan manusia. Suasana hidup orang tua-tua Melayu dulu lazim orang perempuan berambut panjang berjurai atau bersanggul. Bila di dapur dalam rumah masing-masing, tak kisah kalau tak pakai tutup kepala macam yang dituntut oleh Merinyu dari Kementerian Kesihatan yang menjalankan pemeriksaan perniagaan berkaitan masakan. Bila rambut yang panjang mengurai terjatuh ke dalam tepung yang sedang disediakan untuk buat kuih untuk sarapan esok paginya, kenalah hati-hati jangan bersepah nanti rugi sebab orang Melayu simpan tepung di rumah taklah berguni-guni macam mamak jual roti. Zaman dulu, rumah kampong guna pelita ayam, jadi dalam suram dan kelam nak tarik rambut yang jatuh dalam te...

Masanya dah lama tiba…

Lebih 1400 tahun dulu, seorang lelaki dari suku yang mulia dilahirkan ke dunia untuk memimpin manusia ke jalan Tuhannya. Segala macam dugaan dihadapinya demi menyampaikan berita dan cerita agama kepada ummat dan kaumnya. Dari sekecil hinaan, tempelak, cacian dan makian hingga deraan, boikot, ugutan serta peperangan ditempuhi jua demi menjulang kebenaran yang mengagungkan Tuhan sekalian alam yang Maha Esa. Dari seorang manusia berkedudukan dalam qabilah bangsa, dia memilih untuk tidak mengalah mahupun berputus asa meskipun para pembesar sebangsanya tegar memujuk dan menghasut sanak saudara dan masyarakatnya agar menolak usaha lelaki ini dengan alasan demi mempertahankan maruah bangsa dan kepercayaan nenek moyang mereka. Walaupun turut diakui kebenaran dan kebaikannya oleh mereka yang memusuhinya, kejahilan, ketamakan dan kesombongan mempertahankan maruah bangsa secara totok dan nyata sesat terus-terusan diperjuangkan dalam kesesatan oleh para penentang kebenaran.

Membelenggu Penunggu Yang Termangu

Lepas cerita hantu, cerita saka, lepas tu cerita jin pulak… hadooooyaiii, berapa lama lagi agaknya baru terbalas dendam terpendam selama bertahun cereka tahyul Melayu diharamkan di TV dan pawagam? Aku tak salahkan sangat tukang bikin pilem sebab sampai ini hari ramai peminat tegar cereka seram terus menyokong dengan kesanggupan membeli tiket di panggung wayang. Ditambah pulak mungkin sebab teknologi animasi nak bikin spesel efek yang canggih manggih makin murah, pembikin pilem pun tak cuak sangat nak bikin cereka yang boleh dijual… janji masyuuukkk… Kalau nak berkarya pun duit jadik matlamat utama, alamatnya makin terus tak berjiwalah penghasilan kreatif kita. Bagi sesetengah pengkarya materialistic, itu cakap orang yang jeles dengan dunia jer…

Paus atau Puyu?

Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bikin muafakat. Kalau kena rencahnya, pasti sedap sajian yang disedia. Tak kiralah masak untuk keluarga atau untuk dijaja. Bila tekak tertawan selera, hati berbunga jiwa gembira. Begitulah resam manusia. Bila dapat apa yang disuka, takkan masih nak merungut bermasam muka. Bagi mereka yang meniaga barang yang orang suka, hampir pasti pelanggan yang puas hati akan datang berkunjung lagi suatu masa nanti. Malah mungkin bawak kawan atau famili sekali. Pasaran; tak kira apa yang dijual, kalau kualitinya sesuai, harga pula sepadan dengan muai, bukan setakat pelanggan suka, makin dicadang dan dicanangnya di sini sana. Sampaikan bila terjumpa peniaga lain yang jual benda sama tapi harga atau kualiti tak serupa, dengan pantas dibandingkannya. Nilai kualiti sesuatu barangan sering sahaja jadi ukuran untuk dipadankan dengan harga yang setimpal. Kalau barang yang dijual sifatnya pejal mungkin lebih mudah dibuat perumpamaan berbanding barang jualan bersi...

Lelaki Jantan, Wanita Perempuan & dot.dot.dot.

Kesemua para Nabi dan Rasul adalah lelaki. Namun begitu, kaum wanita juga punya tokoh-tokoh yang hebat. Ummul Mukminin Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid tersohor dengan keperibadian contoh wanita solehah buat seluruh ummah. Aishah binti Abu Bakar yang cerdik, Fatimah binti Rasulullah yang setia, Asiah isteri Firaun yang penyayang, Rabiatul Adawiyah yang zuhud dan banyak lagi nama-nama besar para wanita solehah yang terukir dalam lipatan sejarah. Jika dinilai pada timbangan agama, pengkelasan solehah adalah didasarkan kepada amalan seseorang tapi kalau diukur berdasarkan penilaian sahsiah insaniah, sikap dan keperibadian pula yang menjadi kayu pengukurnya. Antara agama dan perangai manusia di dalam jiwa seorang hamba, mana datang dulu? Soalan ini lebih kurang macam pertanyaan antara ayam dan telurlah sifatnya. Antara didikan, pendidikan dan kemahuan menjadi perempuan dan wanita berketerampilan dengan peribadi yang mengundang kecintaan Tuhan serta kesenangan hati insan, jumlah yan...