Skip to main content

Posts

Showing posts with the label fikir masa

Isu & Masa

“Dua perkara yang merosakkan bangsa; Rasuah & Tak Tepati Masa”, dialog Khir Rahman dalam citer ROCK oleh Bro Mamat Khalid. Sinis bunyinya ayat tu tapi kalau diamati maksudnya secara mendalam, memang banyak tersirat kebenarannya. Mungkin ada yang perasan mesej ini secara am dan mungkin juga ada yang anggap ianya sekadar jenaka yang mengisi ruang filem ROCK yang bersifat hiburan semata-mata. Apapun tanggapan penonton, aku nak ucap tahniah untuk Bro Mamat Khalid sebab hasilkan karya-karya yang bukan sekadar menghiburkan tapi mampu mengajak berfikir. Jika disorot peredaran masa berdasarkan pengetahuan manusia semata-mata, jelas akan ternampak betapa keterbatasan akal yang dianugerahkan kepada kita tidak cukup kuat untuk menjadi sandaran mentadbir dunia. Demikian juga halnya sewaktu para malaikat bertanya kepada ALLAH ketika ALLAH menyatakan hasratNya mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah pentadbir dunia. “Adakah layak dijadikan di dunia ini mereka yang merosakkannya serta menumpahka...

Masanya dah lama tiba…

Lebih 1400 tahun dulu, seorang lelaki dari suku yang mulia dilahirkan ke dunia untuk memimpin manusia ke jalan Tuhannya. Segala macam dugaan dihadapinya demi menyampaikan berita dan cerita agama kepada ummat dan kaumnya. Dari sekecil hinaan, tempelak, cacian dan makian hingga deraan, boikot, ugutan serta peperangan ditempuhi jua demi menjulang kebenaran yang mengagungkan Tuhan sekalian alam yang Maha Esa. Dari seorang manusia berkedudukan dalam qabilah bangsa, dia memilih untuk tidak mengalah mahupun berputus asa meskipun para pembesar sebangsanya tegar memujuk dan menghasut sanak saudara dan masyarakatnya agar menolak usaha lelaki ini dengan alasan demi mempertahankan maruah bangsa dan kepercayaan nenek moyang mereka. Walaupun turut diakui kebenaran dan kebaikannya oleh mereka yang memusuhinya, kejahilan, ketamakan dan kesombongan mempertahankan maruah bangsa secara totok dan nyata sesat terus-terusan diperjuangkan dalam kesesatan oleh para penentang kebenaran.

Roti Pau & Back To The Future

Wawasan. Itulah perkataan yang terpacul dalam kepala otak aku yang berjambul baru-baru ini bila teringat cerita box-office lama; “Back To The Future” lakonan Micheal J. Fox. Macam dah jadi suatu kebiasaan bagi penghasil filem Hollywood bermain dengan masa dalam kreativiti khayalan mereka. Semenjak tahun 50an lagi cerita-cerita Fiksyen Sains sudah dikeluarkan di sana. Masa aku kecik dulu, tak minat tengok cerita Star Trek tapi kena tengok jugaklah sebab abang aku nak tengok. Masa tu, rumah ada satu TV hitam putih sebelum bertukar TV baru berwarna jenama Quintrix. Seingat aku masa mula-mula aku tengok cerita “Back To The Future”, aku tonton sambil makan pau yang mak belikan dari pasar malam. Dalam cerita futuristik orang putih, selalu juga diumpama makanan manusia masa depan hanya perlu dikapsulkan. Masa itu aku rasa boleh agaknya pau kacang merah yang aku makan waktu itu dikapsulkan suatu hari nanti. Bijak juga maksud tersirat yang persuasif memujuk minda penonton ke arah gaya hidup m...