Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kematian isteri

Cemburunya Aku Matinya Begitu (4)

Kisah Isteri Sahabat Makkah "Assalamualaikum... enta tak tau cerita isteri Ishaq meninggal ka?", tanya Ismail kepada aku. "haaaa??? isteri Ishaq? kenapa??" tanyaku semula. "Meninggal asar tadi?". Ismail adalah anak Melayu kelahiran Makkah; sahabat aku dan Ishaq. Aku memang malam tu tengah siap-siap nak ke Mekah dengan kawan-kawan dari Jeddah. Kami semua terkejut dengar berita isteri Ishaq meninggal sebab baru beberapa hari sebelumnya kami dijamu makanan siam yang lazat dimasak oleh  arwah di rumah mereka di Khansaa. Arwah masih sihat orangnya sewaktu aku dan rakan-rakan dari Malaysia datang menjenguk Ishaq dan baby baru mereka dua minggu selepas musim Haji.Walaupun baru genap 40 hari melahirkan anak kelimanya dgn Ishaq, arwah sudah cergas memasak untuk tetamu suaminya. Air tangan masakannya juga hebat. Walaupun kami tak pernah duduk bersemuka dengannya kerana budaya Arab di sini yang betul-betul membataskan percampuran, kami percaya arwah adalah se...

Cemburunya Aku Matinya Begitu (3)

Kisah Cinta Pak Imam Duda dengan Janda Setia “Kak Idah dah meninggal hari jumaat baru ni” langsung terhenti sebak suara Mak memberitahu khabar kematian sahabatnya yang aku juga kenal. Kami berjiran tinggal sekampung. Arwah Kak Idah orangnya mesra. Sikapnya yang suka bergurau dengan keluarga kami membuatkan kami menganggapnya umpama saudara dekat. Tambahan pula statusnya sebagai janda berusia sekitar 50an yang tinggal berseorangan di rumah peniggalan arwah suaminya, menjadikan Mak yang memang merupakan seorang aktivis masyarakat lebih akrab dengannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun... Arwah suami Kak Idah ada seorang anak lelaki bersama arwah isteri pertamanya, jadi Kak Idah adalah ibu tiri kepada anak ini yang kini bekerja di Singapura. Pernah terdengar Kak Idah bercerita dengan Mak sewaktu hayatnya. “Minggu depan anak saya nak balik sinilah Cikgu”. Kak Idah membahasakan Mak aku ‘Cikgu’ sebab Mak memang Ustazah yang mengajar agama di kelas dewasa. “Jadi minggu depan s...

Sejuk

Dalam gerimis ku lihat dia menangis Sendu tersedu tika alam terdiam pilu Gugur kemboja di perdu pohon nya Longlai langkah di sulami gundah Ku titipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa Untukmu kekasih walau terpaksa daku bersedih Kerna percaya taqdirMu pasti tercantik buatku Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah Sesejuk salji yang memutih Sedingin hati kian merintih Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku Keampunan baginya sepanjang usia RahmatMu ku gapai meskipun terkapai Ku hirup angin yang memeluk dingin Semahunya ku mahu kau masih bersama Membina cita bersama melembar cinta Namun kasihNya sekudus RahmatNya Demi amanah padaNya ku berserah Lagu: Bobo Zoul Fazs & Syazwan Jaskul Lirik: Towil SeeSharpMinor

Cemburunya aku matinya begitu…

“ALHAMDULILLAH… dia dah meninggal”, begitu ungkapan ahli paramedik yang datang dengan ambulan ke hotel tempat aku menginap di Madinah Al Munawwarah sebaik memeriksa denyut nadi isteri Haji Seman di bilik mereka. Aku pergi kepada Haji Seman dan berbisik di telinganya mengkhabarkan pemergian isteri beliau kerana aku kira dia tidak faham ungkapan itu yang disebut dalam Bahasa Arab. Sebak Haji Seman tak dapat ditahan, langsung bercucuran airmatanya ke bahuku. Hening pagi Jumaat itu begitu mendamaikan walaupun rancangan asal aku nak berqiyamullail di Masjid Nabawi bersama Haji Seman pada jam tiga pagi tergendala lantaran kematian isterinya. Sempat aku memandang wajah isteri beliau di pembaringan yang seakan tersenyum tenang sewaktu jenazahnya diangkat ke ambulan untuk disahkan kematiannya di hospital.