Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kasih ayah

Sejuk

Dalam gerimis ku lihat dia menangis Sendu tersedu tika alam terdiam pilu Gugur kemboja di perdu pohon nya Longlai langkah di sulami gundah Ku titipkan sepenuh rasa yang mengisi jiwa Untukmu kekasih walau terpaksa daku bersedih Kerna percaya taqdirMu pasti tercantik buatku Takkan daku terdaya untuk meminda sejarah Sesejuk salji yang memutih Sedingin hati kian merintih Ku pohon kasihMu duhai Tuhanku Keampunan baginya sepanjang usia RahmatMu ku gapai meskipun terkapai Ku hirup angin yang memeluk dingin Semahunya ku mahu kau masih bersama Membina cita bersama melembar cinta Namun kasihNya sekudus RahmatNya Demi amanah padaNya ku berserah Lagu: Bobo Zoul Fazs & Syazwan Jaskul Lirik: Towil SeeSharpMinor

Kasih Nan Bertaut

Seawal minit pertama aku mula menghirup udara dunia, terukir senyuman manis di wajah ibu kerana aku menangis. Lembut suara ayah mengingatkan aku betapa agungnya Allah dan mulianya Muhammad Rasulullah sebagai manusia terbaik untuk aku contohi ketika azan dan iqamah dibisikkan ke telingaku. Lahirku seolah menghilangkan kesakitan ibu yang mempertaruhkan nyawanya untuk membawa aku ke dunia. Tangisanku seakan penyejuk hati ayah yang gundah dan gelisah melihat kekasih yang dicintai menahan keperitan melahirkan zuriatnya. Segala yang berlaku di sekelilingku tidak aku fahami kerana lebih sembilan bulan sebelum itu aku bermukim di rahim ibu.