Skip to main content

Posts

Showing posts with the label syurga

Rupa-rupanya Solat itulah Petanda Syurga… Subhanallah

Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda. Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap i...

Kerana Syurga Bukan Percuma

“Kadangkala kefakiran menjerumuskan kepada kekufuran” Ujar Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya yang lazim mendengar dengan penuh ketaatan. Agaknya berapa peratus jumlah ‘kadangkala’ yang disebut dalam hadith ini menjadi statistik semasa? Dalam dunia serba canggih dengan segala macam teknologi yang memudahkan pada hari ini, nampak gayanya tak kurang juga yang kufur bukan kerana fakir. Malahan mungkin lebih banyak jumlahnya yang kufur dalam berada. Mengimbau kisah-kisah tulisan Wahid Kasran di Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan bacaan popular mingguan sekitar tahun 90an, banyak juga kedapatan kisah manusia melayan nafsu dengan imbuhan keduniaan. Tak kurang juga yang memperdagangkannya untuk imbuhan yang sama. Polarisasi fikrah manusia yang dipancang dan diperdaya dengan harta, kuasa dan serakah jantina adalah agenda lapuk Iblis dan sekutunya semenjak kita mendiami bumi tetapi masih tegar kita lalui berulang kali sehingga ke hari ini.