Skip to main content

Posts

Showing posts with the label telingkah ummat

Sederhana tu macam mana sebenarnya?

Dunia terus berlari mengikut paksi setelah kiamat kalendar Maya ditunda lagi. Meskipun makin hari makin ramai saudara kita yang mati dizalimi di sana sini, segala kemelut hidup bersumbi dosa, noda dan nista, masih belum menampakkan gaya ummat kita dah pulih dari tenggelam punca.  Makin ramai yang tampil mendabik diri mendakwa tahu itu tahu ini dek kerana menjawab kepincangan yang semakin mudah dijaja ke sana ke mari dengan jalan teknologi komunikasi. Apa yang pasti, polarisasi kecenderungan ke arah positif dan negatif juga bergerak selari sehingga makin sukar nak dipastikan di mana titik tengah sederhana yang perlu diambil kira. Jaringan sosial komunikasi yang kerap menjadi kaldai maklumat bercanggah serta fitnah juga tidak dinafikan turut menyumbang secara positif ke arah menyebarkan dakwah dan tarbiyah. Seperkara lain yang juga PASTI, segala yang berlaku adalah dalam pengetahuan ILAHI. Syria terus berdarah. Palestin terus dijajah. Rohingya semakin parah sedang Ahlus Sunnah ...

Menjarah Khibrah

Hmmmm… lain macam sikit bunyi tajuk kali ini. Ada yang tak terbayang maksud amnya barangkali? Beginilah untuk bantu mempermudah… ‘Menjarah’ itu maknanya merebut dan merampas milik orang (terutama ketika perang atau kekacauan). Khibrah pula perkataan pinjaman dari Bahasa Arab yg bermaksud ‘pengalaman’. Begitulah mantiq simpulan kata yang mencipta makna dalam tajuk yang tertera di atas sana. Kalau nak tahu kenapa… teruskanlah membaca ya ;-) Pengalaman… sepatutnya makin mendewasakan. Ada yang mendakwa pengalaman perlu sentiasa beriringan dengan ilmu pengetahuan, barulah mantap sebagai panduan dan ikutan. Dunia masih tetap di atas putaran. Siang dan malam masih silih berganti sebagaimana yang dinanti. Pasang dan surutnya air laut masih mengikut ketentuan waktu yang wajib diturut. Semuanya masih kukuh bertaut. Maka apa bezanya detik masa yang kita lalui semua? Orang berpengalaman kalau hidupnya sekadar statik sahaja apa yang boleh kita ikuti sebagai pedoman? Bagaimana menjarah ...