Skip to main content

Posts

Showing posts with the label jiwa

Riwayat Pencari Cinta

Tersungkur dia di laman syurga Pabila termakan bujukan hawa Cinta sejati yang asyik dicari Mencalar hati menyesali sendiri Angkara licik dihasut sang api Musnah pengabdi tergadai budi Sesal penari mencari kasih Meruntun hati bila terpilih Biarpun lemas dihurung dosa Tetap tegar mencari cinta Merintih dia dalam munajat Demi percaya lautan rahmat Chorus Cinta agung cinta tersanjung Takkan rugi andai dicari Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Tewas pendeta tika terleka Lemas hanyut amal tersia Bingung dunia hilang penari Kala tersentuh cinta sejati Cinta agung cinta tersanjung Pasti kan rugi andai diganti Asal tiada rasa kecewa Bila ujian datang melanda Lagu: Ejud Lirik: Towil SeeSharpMinor

Bila Hati Menegur Jiwa

...tiba2 aku terfikir... Kita semua ada kelemahan & kekurangan masing2 selain kekuatan & kelebihan. Adunan segala kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan ini semualah yang menjadikan kita unik dengan sikap & personaliti tersendiri. Seringkali kita melihat dunia, persekitaran hatta insan lain di sekeliling kita dalam perspektif masing2 yang unik bersandarkan adunan sifat kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan kita ini dengan sangkaan inilah sebenarnya kebenaran yang haq & mutlak. Persoalannya sejauh manakah benarnya tanggapan & perspektif kita selama ini? Adakah kita benar kerana majoriti pandangan orang lain di sekeliling kita yang menyokong kesimpulan kita? Sejauh mana pula kebenaran orang lain di sekeliling kita yang secara amnya juga adalah insan unik yang berbaur kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan seperti kita? Dalam banyak perkara, lazimnya kita rasa kita masih berkesedaran selagi sering meminta pendapat dan nasihat orang lain untu...