Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tv3

Syawal di bulan Disember

16 Disember 2001 adalah bersamaan dengan 1 Syawal 1422. Aku ingat tarikh ini sebab anak sulung aku lahir pada hari tersebut. Anak perempuan aku pula lahir pada 12 Syawal 1423 bersamaan 17 Disember 2002. Kedua-dua tahun ini amat bermakna buatku sebelum ibu yang melahirkan anak-anakku dijemput mengadap ALLAH Rabbul Jalil pada tanggal 1 April 2004. Ada yang anggap mesej aku umpama lelucon bila aku sms khabar kematian arwah isteri tercinta pada hari yang juga dikenali sebagai April Fool. Begitu sekali kesan kempen hari memperbodohkan diri yang dipopularkan pembudaya bukan Islam. Aku kira waktu itu aku tersentap dalam hiba menahan diri dari meratap. Sembilan tahun berselang, hari lebaran Aidil Fitri yang meraikan kemenangan dan kegembiraan orang yang berpuasa semakin menjelang. Tiba-tiba ada paparan di kaca tv yang seakan mahu mengajar kedua anak aku bagaimana seharusnya gembira berhari raya dalam rasa yang sungguh asing setelah saban hari aku bersyukur kerana anak-anakku juga berpuasa...