Skip to main content

Posts

Showing posts with the label agama

Tahun Baru Warung Kopi

Sebut pasal makan dan tahun baru, tentu saja Gong Xi Fa Chai terlintas di fikiran mereka yang faham budaya bangsa Cina. Agenda makan besar sekeluarga pada hari terakhir mengikut kalendar kuno bangsa Cina ini merupakan perkara lazim bagi keluarga Cina di seluruh dunia. Secara amnya memang masih ramai orang Cina yang tahu dan mahu meneruskan adat budaya bangsa warisan berzaman ini tak kira di mana tempat tinggal mereka. Realiti penghayatan tahun baru Cina di Chinatown seluruh dunia seharusnya melayakkan bangsa ini dihormati sebagai sebuah bangsa berbudaya. Bukan pelik bila sesebuah bangsa mampu teruskan warisan budaya walaupun peredaran masa menjanjikan hakisan nilai semasa. Banyak etnik di dunia ini yang masih tahu menghargai budaya masing-masing. Di Malaysia bangsa Melayu, Cina dan India secara automatik menjadi sinonim apabila persoalan ‘multiracial’ diutarakan. Di benua Arab barangkali darah Arab, Habsyi, Yahudi dan Parsi lebih ketara jadi pembahagi keturunan bangsa meskipun jumla...