Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hariraya

BerHIJRAH biar BerARAH

Abah mana? Tak adhe, abhah pegi Baraan. Jawab anak muda Kg Seri Paya yang baru lepas SPM. Takpekat sangatlah slang jawanye bila aku tanya bapak dia Wak Salam pergi mana? Budaya ‘Baraan’ Hari Raya di kampong-kampong keturunan Jawa khususnya sekitar area Parit Raja Batu Pahat masih diteruskan sampai hari ini. Nota: Ader sorang budak SeeSharpMinor dudok area Taman Yu yang ader Mekdonel Parit Raja. Anak Imam ;-) Dengar cerita budak SeeSharpMinor ada yang baru balik keje kat Mekah. ALHAMDULILLAH. Bukan untuk dibangga. Banyak lagi anak Melayu Malaysia yang handal-handal dudok di sana. Ader dokter, enginiyer, loyer, bawak helicopter… semua ader. Lagi power deorang nih sumer dari budak-budak SeeSharpMinor yang baru setahun dua. Nota Selingan: Assalamualaikum Tuan Haji Fendi (Ayahnda ranting Jeddah yang bukan tiga line ;-) Ader juga yang bertanya… Besar ke deorang bayar buat kerja kat sana? Nak jawab pon segan. Tapi korang yang tanya nih nampak tak kat Mekah sana ada KAABAH? A...

Sempadan Ramadan

Tiap yang mula akan berakhir, tiada ku takut akan cobaan… Layan jugak lirik lagu Alleycats yg diputar berselang lagu raya. Makin berusia aku rasa makin hilang sentimen dengar lagu raya. Nak kata tua sangat tu tidaklah, tapi lagu raya memang sesuatu yang aku dah muak nak dengar sejak beberapa tahun sebelum ni lagi. Tak kiralah masa dengar lagu tu aku ada dalam negeri atau pun kat luar, sama jer. Dah tak ada rasa syahdu syawal dalam minda aku ni dah bertahun lamanya. Alhamdulillah tahun ini geng See Sharp Minor berpeluang memulakan puasa sehari lebih awal dari Malaysia. Kami mula berpuasa pada hari Jumaat di Taif sekembali dari penggambaran di Riyadh, Arab Saudi. Kebanyakan Negara barat seperti U.K, USA, Canada dll juga banyak yang mula puasa pada hari Jumaat. Malaysia mula puasa hari Sabtu. Takpe lahhh… Malaysia kan Negara Islam yang ada ahli falaq dan ulama sendiri. Tentulah bijak pandai agama yang ada disini tau apa nak dibagitau ke penyimpan mohor besar raja-raja kenapa Malay...

Bebunga Raya Di Jalanraya

Saban tahun menjelang Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu di Malaysia mula mencongak pelbagai perkara. Bagi yang dah berkeluarga lazim giliran ibubapa dan mertua harus dijaga, yang dewasa pula lazim berkira-kira cuti nak balik bila, naik apa, dengan siapa, bawak balik berapa… dan sebagainya. Kalaupun tak begitu semangat nak beraya macam budak-budak yang tak sabar nak bergaya sambil kutip angpow raya, kesibukan nak beraya masih terasa walaupun sebenarnya yang layak dikatakan Aidilfitri itu sehari sahaja. Kemeriahan Aidilfitri berlangsung sampai sebulan di sini, sampai ada yang berkira-kira nak juga buat sambutan rumah terbuka pada tanggal 30 Syawal tanpa menyedari bulan hijrah tersebut boleh jadi 29 saja. Begitu lumrah persepsi yang kalau nak dihalusi pasti masih boleh diperbaiki. Perkara asas yang nak diperhatikan juga masih lumrah iaitu pasal berlebih-lebihan. Bukan niat nak publisiti bila mengkritik amalan kaum keluarga sendiri… Cuma nak ingatkan diri. Lagipun, silap-silap gaya k...