Skip to main content

Posts

Showing posts with the label fitnah dunia

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.  Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…  Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.  Dengan nama A...

Menjarah Khibrah

Hmmmm… lain macam sikit bunyi tajuk kali ini. Ada yang tak terbayang maksud amnya barangkali? Beginilah untuk bantu mempermudah… ‘Menjarah’ itu maknanya merebut dan merampas milik orang (terutama ketika perang atau kekacauan). Khibrah pula perkataan pinjaman dari Bahasa Arab yg bermaksud ‘pengalaman’. Begitulah mantiq simpulan kata yang mencipta makna dalam tajuk yang tertera di atas sana. Kalau nak tahu kenapa… teruskanlah membaca ya ;-) Pengalaman… sepatutnya makin mendewasakan. Ada yang mendakwa pengalaman perlu sentiasa beriringan dengan ilmu pengetahuan, barulah mantap sebagai panduan dan ikutan. Dunia masih tetap di atas putaran. Siang dan malam masih silih berganti sebagaimana yang dinanti. Pasang dan surutnya air laut masih mengikut ketentuan waktu yang wajib diturut. Semuanya masih kukuh bertaut. Maka apa bezanya detik masa yang kita lalui semua? Orang berpengalaman kalau hidupnya sekadar statik sahaja apa yang boleh kita ikuti sebagai pedoman? Bagaimana menjarah ...

Isu & Masa

“Dua perkara yang merosakkan bangsa; Rasuah & Tak Tepati Masa”, dialog Khir Rahman dalam citer ROCK oleh Bro Mamat Khalid. Sinis bunyinya ayat tu tapi kalau diamati maksudnya secara mendalam, memang banyak tersirat kebenarannya. Mungkin ada yang perasan mesej ini secara am dan mungkin juga ada yang anggap ianya sekadar jenaka yang mengisi ruang filem ROCK yang bersifat hiburan semata-mata. Apapun tanggapan penonton, aku nak ucap tahniah untuk Bro Mamat Khalid sebab hasilkan karya-karya yang bukan sekadar menghiburkan tapi mampu mengajak berfikir. Jika disorot peredaran masa berdasarkan pengetahuan manusia semata-mata, jelas akan ternampak betapa keterbatasan akal yang dianugerahkan kepada kita tidak cukup kuat untuk menjadi sandaran mentadbir dunia. Demikian juga halnya sewaktu para malaikat bertanya kepada ALLAH ketika ALLAH menyatakan hasratNya mahu menjadikan manusia sebagai Khalifah pentadbir dunia. “Adakah layak dijadikan di dunia ini mereka yang merosakkannya serta menumpahka...

Staying Focus… In the light of Divine Guidance

Worries on ummah. That was Prophet Muhammad’s s.a.w focus until the moment on his deathbed. Why was he relentlessly persistent thinking about his ummah? Are there any threats upon his ummah from others then? Who would threaten the Muslim? Why would they do that anyway? Ok wait… first things first, let’s see how they would do it? “And those who disbelieved are allies of one another. If you do not do so, there will be slander (fitnah) on earth and great corruption”. (Al-Anfal : 73). So… seemingly that is what obviously happen around us nowadays... isn't it??? As a Malaysian Muslim, our worries should include Malaysia being used as branding platform on Islam but towards the slant of secularism that discriminates religion from life. In retrospective of mighty colonial nations, they would boast that if it had not because of their effort colonizing other nations, the world today could’ve been much worse because it’s difficult for different nations to converse in one similar language. Th...

When Birds Chirp…

“ Burung Kenari riuh berkicau …”, “ Oh burung nyanyikanlah, katakan padanya aku rindu …”, “ His eyes are on the sparrows …”, “ Eagle fly free let people see …” and a lot more birds were recorded as song lyrics all over the world. Birds with the ability to fly and roam the sky are simply ideal to represent free-spiritedness that beats the odds of human capacity. Flying men and women are popular myths; with superman, batman, supergirl, wonder woman or even X-men for that matter is not sufficient to elucidate the special feeling of birds flying and chirping. ‘Burung’ is the Malay word for bird. Countless species of birds in this whole world have given us different stereoscopic meanings in life. Perhaps some inherited negative meanings such as Vulture as carcasses’ scavenger, Crow as garbage vandal, Chicken as coward etc are just a small friction of birds' negativity. Our cultural legacies that affect our worldviews sometimes offer contending definitions to similar species such as Owl ...

Sup Siam, Sup Mamak & Sup Melayu

Orang Cina di Malaysia memang pandai makan. Kalau ada tempat makan yang sedap pasti ada orang Cina datang berkunjung makan di situ. Tak kira lah kedai tu bangsa apa yang punya. Tengok saja kedai-kedai makan Cina yang meriah. Kalau tiba bulan puasa, orang Cina tumpang gembira sebab makanan yang macam-macam ada. Orang kita senang saja nak terangkan kenapa orang Cina begitu handal selera makan mereka. Ya lah, dia bukan kira apa yang dimakannya, yang penting rasanya sesuai dengan selera. Aku suka makan sup. Tapi dah tentulah aku tak boleh makan Bak Kut Teh. Bukan aku terkilan tak dapat makan sup babi, malah bagi aku baguslah ada beza antara aku dengan orang yang berlainan agama dengan aku sehingga dalam bab memenuhi keperluan harian termasuk makan. Manusia dijadikan berbeza dalam persamaan. Sikap dan selera kita juga berbeza walaupun jika nak dibanding dengan saudara sepusat seibu sebapa. Indah sungguh kejadian manusia yang diletakkan pada taraf sebaik kejadian sebelum manusia itu sendir...