Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nafsu

...seHALAL nafsu...

Yang ini nak tak? Yang itu? Err… Yang sana tu? Yang satu lagi tu pulak? Soalan yang takkan berkesudahan jawapan andai terus ditanyakan kepada serakah insan. Memang begitulah lumrah nafsu. Jarang cukup setakat dapat satu. Biar berpuluh, beratus, malahan beribu… masih belum cukup dilahap semahu. Berpijak di hilir menggapai ke hulu… Asyik melayankan falsafah “selagi aku mahu”, tak cukup suku, tak puas sebuku. Berputar hujung dan pangkal, berpinar iman dan aqal… hanyut tak sedar berwaras dangkal. Orang lelaki kalau tentang nafsu, lazim bicara seloroh perihal setubuh. Mungkin ada kebenaran teori yang diujarkan Si Yahudi Sigmund Freud betapa manusia tumpuan pemikirannya berpaksikan nafsu seksual. Nafsu jantina sememangnya topik bicara yang sentiasa mampu memutar mata dan telinga para penonton khususnya lelaki. Alangkan sekadar yang normal sahaja sudah bisa jadi bahan bualan, apatah lagi yang mendebarkan di luar sana cari makan atau lebih jelek lagi yang songsang, sejenis, haruan sumbang,...

Kerana Syurga Bukan Percuma

“Kadangkala kefakiran menjerumuskan kepada kekufuran” Ujar Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya yang lazim mendengar dengan penuh ketaatan. Agaknya berapa peratus jumlah ‘kadangkala’ yang disebut dalam hadith ini menjadi statistik semasa? Dalam dunia serba canggih dengan segala macam teknologi yang memudahkan pada hari ini, nampak gayanya tak kurang juga yang kufur bukan kerana fakir. Malahan mungkin lebih banyak jumlahnya yang kufur dalam berada. Mengimbau kisah-kisah tulisan Wahid Kasran di Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan bacaan popular mingguan sekitar tahun 90an, banyak juga kedapatan kisah manusia melayan nafsu dengan imbuhan keduniaan. Tak kurang juga yang memperdagangkannya untuk imbuhan yang sama. Polarisasi fikrah manusia yang dipancang dan diperdaya dengan harta, kuasa dan serakah jantina adalah agenda lapuk Iblis dan sekutunya semenjak kita mendiami bumi tetapi masih tegar kita lalui berulang kali sehingga ke hari ini.