Skip to main content

Posts

Showing posts with the label nasyid

Paus atau Puyu?

Ikan di laut, asam di darat. Dalam periuk bikin muafakat. Kalau kena rencahnya, pasti sedap sajian yang disedia. Tak kiralah masak untuk keluarga atau untuk dijaja. Bila tekak tertawan selera, hati berbunga jiwa gembira. Begitulah resam manusia. Bila dapat apa yang disuka, takkan masih nak merungut bermasam muka. Bagi mereka yang meniaga barang yang orang suka, hampir pasti pelanggan yang puas hati akan datang berkunjung lagi suatu masa nanti. Malah mungkin bawak kawan atau famili sekali. Pasaran; tak kira apa yang dijual, kalau kualitinya sesuai, harga pula sepadan dengan muai, bukan setakat pelanggan suka, makin dicadang dan dicanangnya di sini sana. Sampaikan bila terjumpa peniaga lain yang jual benda sama tapi harga atau kualiti tak serupa, dengan pantas dibandingkannya. Nilai kualiti sesuatu barangan sering sahaja jadi ukuran untuk dipadankan dengan harga yang setimpal. Kalau barang yang dijual sifatnya pejal mungkin lebih mudah dibuat perumpamaan berbanding barang jualan bersi...

Soalan Yang Pasti

Kita melihat dunia ini dengan nilaian yang berbeza-beza. Ada menilai dengan wang yang banyak. Ada menilai dengan isteri dan anak pinak yang ramai. Ada yang menilai dengan kuasa dan pengaruh yang luas. Hingga kita kabur terhadap kebenaran yang menanti di depan. Miskin di dalam 'rumah'yang sempit. Berseorangan tanpa teman. Lemah dan tidak mampu berbuat apa-apa selain menyaksi semula putaran 'video' semasa hayatnya. Tonton dan renungkan sejenak klip ini. Sebuah karya bersama Az-Zikr dan See Sharp Minor. Semoga kita sama-sama mendapat manfaatnya.