Skip to main content

Posts

Showing posts with the label tarbiyah

Khabar Sekitar Perkhabaran

ALHAMDULILLAH… Ramadhan yang diberkati menjelma lagi. Kita yang masih dapat baca artikel ini maknanya masih bernyawa. Peluang yang ALLAH bagi untuk terus menghirup udara dunia yang masih percuma. Kalau tidak kerana bulan puasa sekali pun, kita sentiasa punya sebab untuk tak kurang menyatakan kesyukuran atas segala rahmat Tuhan. Inikan pula dapat peluang meneruskan sisa usia melalui bulan yang mulia sebelum masing-masing nanti dijemput mengadapNya. Sekali lagi ALHAMDULILLAH & terima kasih ALLAH atas segalanya. Di akhir Sya’ban baru-baru ini, beberapa perkara sempat menjadi tajuk berita yang menggamit perhatian ummat Islam di sini khususnya. Tolak tepi cerita politik yang takkan putus dari mewarnai agenda masyarakat Malaysia, ummat kita masih punya perkara yang layak menuntut rasa cakna. Rata-rata bagi yang sudah bijak menghargai nilai berpuasa, semakin ramai yang tahu dan mahu bersuara agar ibadah istimewa setahun sekali ini dapat dijaga dari dicemari. Kalau sedekad sebelum ini pas...

Celik Memandang Yang Jelek

Seimbangnya pandangan manusia bila celik mata hati, minda, naluri, emosi dan jiwa selain sepasang mata di bahagian hadapan muka. Kerap kita dengar ungkapan “pandang sebelah mata” yang membawa maksud acuh tak acuh. Dalam senario dunia hari ini, makin muak rasanya bila saban hari kita disogok berita dan fitnah yang bertali arus tak putus-putus. Baik di persada tempatan mahupun di pelantar dunia, pelbagai cerita bersulam dusta dicanang merata-rata. Media; baik di arus perdana, layar utama mahupun alternatif sahaja seakan dirasuki kegilaan menjaja pembohongan yang nyata. Apa mahunya kita dengan segala yang didedahkan secara menjolok mata? Sampai bila agaknya kita mahu dunia kita terus-terusan diconteng kecamuk berita yang bukan sahaja tidak membina sahsiah dan pemikiran malah semberono mempromosikan moral, etika dan akhlak terhina bahkan terkadang songsang yang bertentangan fitrah manusia. Itu belum dikira benar atau tidaknya berita sebegini yang disebarkan sesuka hati di sana sini.

Masanya dah lama tiba…

Lebih 1400 tahun dulu, seorang lelaki dari suku yang mulia dilahirkan ke dunia untuk memimpin manusia ke jalan Tuhannya. Segala macam dugaan dihadapinya demi menyampaikan berita dan cerita agama kepada ummat dan kaumnya. Dari sekecil hinaan, tempelak, cacian dan makian hingga deraan, boikot, ugutan serta peperangan ditempuhi jua demi menjulang kebenaran yang mengagungkan Tuhan sekalian alam yang Maha Esa. Dari seorang manusia berkedudukan dalam qabilah bangsa, dia memilih untuk tidak mengalah mahupun berputus asa meskipun para pembesar sebangsanya tegar memujuk dan menghasut sanak saudara dan masyarakatnya agar menolak usaha lelaki ini dengan alasan demi mempertahankan maruah bangsa dan kepercayaan nenek moyang mereka. Walaupun turut diakui kebenaran dan kebaikannya oleh mereka yang memusuhinya, kejahilan, ketamakan dan kesombongan mempertahankan maruah bangsa secara totok dan nyata sesat terus-terusan diperjuangkan dalam kesesatan oleh para penentang kebenaran.