Skip to main content

Posts

Showing posts with the label laut merah

Balada Laut Merah

Hanyut… kerna khuatir dan takut Pada kezaliman yang kalut Bimbang kuasanya menyurut Berbondong mengikut taghut Lembut… kasihnya yang membelai Bagai ombak memujuk pantai Bayu laut berpuput longlai Cinta hamba setinggi nilai Chorus Dan berlari… Menjauh dosa yang menggari Salahkah cuma membela diri Untuk ditaqdir ,si bidadari Merintih hamba sesal sendiri Dan fahami… Pantas benarkah kau berlari Atau harus aku yang mencari Sisa kasih nan masih berbaki Ya Ilahi… Pimpinlah tanganku di dunia ini Agar terubat rindu di hati Bertemu Dikau di sana nanti Bridge Terbelah lautan tanda kuasa Tuhan Agung Yang Maha Esa Takkan terhalang tetap janjiNya Sebenar kisah , selingkar sejarah Laut Merah Lagu: Abang Yob Pemuda Equine & Bobo Zoul Fazs Lirik: Towil See Sharp Minor Sila klik link untuk dengar lagu... http://www.reverbnation.com/fazsvocoustica#