Skip to main content

Balada Laut Merah

Hanyut… kerna khuatir dan takut
Pada kezaliman yang kalut
Bimbang kuasanya menyurut
Berbondong mengikut taghut

Lembut… kasihnya yang membelai
Bagai ombak memujuk pantai
Bayu laut berpuput longlai
Cinta hamba setinggi nilai

Chorus
Dan berlari…
Menjauh dosa yang menggari
Salahkah cuma membela diri
Untuk ditaqdir ,si bidadari
Merintih hamba sesal sendiri

Dan fahami…
Pantas benarkah kau berlari
Atau harus aku yang mencari
Sisa kasih nan masih berbaki

Ya Ilahi…
Pimpinlah tanganku di dunia ini
Agar terubat rindu di hati
Bertemu Dikau di sana nanti

Bridge
Terbelah lautan tanda kuasa
Tuhan Agung Yang Maha Esa
Takkan terhalang tetap janjiNya
Sebenar kisah , selingkar sejarah Laut Merah

Lagu: Abang Yob Pemuda Equine & Bobo Zoul Fazs
Lirik: Towil See Sharp Minor

Sila klik link untuk dengar lagu...
http://www.reverbnation.com/fazsvocoustica#

Comments

towil said…
Lirik ini ditulis berasaskan kisah Nabi Allah Musa a.s yg dihanyutkan ibu kandungnya lantaran khuatir keselamatan nyawanya sebagai bayi lelaki yg pada masa itu harus dibunuh oleh Firaun.

Baginda Nabi Musa a.s kemudian ditakdirkan dipelihara oleh isteri Firaun yg penyayang. Kisah ini seterusnya bersambung apabila Nabi Musa a.s dewasa dan secara tidak sengaja membunuh seorang lelaki demi mempertahankan diri.

Kisah Nabi Musa a.s yg popular pastinya Laut Merah yg terbelah ketika ALLAH s.w.t menyelamatkan ummat Islam pada masa itu dari Firaun yg mengejar mereka...

Lebih kurang begitulah sinopsisnya...

Popular posts from this blog

Kaunter FITNAH... Justice for Jebat Ruffedge!

Buat pertama kalinya Blog Warung Kopi See Sharp Minor memaparkan sebuah KISAH BENAR yang dikhabarkan kepada kami oleh sekumpulan rakan-rakan yang kami percayai kata-kata mereka lantaran kesemuanya tegar menjaga SOLAT harian mereka. Sesudah kami ISTIKHARAH, sebulat suara kami di blog ini merasa TERPANGGIL untuk menyiarkan blogpost kali ini yang cuba merungkaikan sebuah FITNAH sehingga menzalimi seorang Hamba ALLAH.  Sesungguhnya HARAM membuat, menyampai dan menabur FITNAH. Akan tetapi sekiranya kita bertembung dengan sesebuah fitnah yang menganiaya sesorang sehingga terpenjara akibat fitnah pertuduhan yang direka, adakah WAJAR kita berdiam membiar? Oleh kerana perkara ini yang berkisar pertuduhan terhadap seorang bekas penyanyi yang merogol anak tiri sudah tersiar di media massa secara umum, maka kami memilih untuk menyiarkan kisah “Kaunter FITNAH” ini dengan corak penulisan sebegini…  Aku berlindung dengan ALLAH dari syaitan yang direjam.  Dengan nama A...

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat. Rujuk link:  Check out "Touch of Quran" -  https://play.google.com/store/apps/details Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan; http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png "Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18)  Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah ...

Cemburunya Aku Matinya Begitu (5.0)

Kelmarin aku ke Mekah lagi. Rasa rindu kepada Arwah Isteri secara automatik menggerakkan hati aku untuk menghadiahkan umrahku kali ini buatnya lagi. Alhamdulillah… Syukurku padaMu Duhai Tuhan Sekalian Alam yang tidak lokek menjemputku bertandang lagi ke RumahMu Baitullah Yang Mulia dalam ihram Umrah Cinta. Thank you ALLAH… Buat Ummi Aishah, moga ALLAH sampaikan umrah ini buat mu dengan secantik RahmatNya.  Aku (Penulis) dah lama terpikir nak tulis kisah kematian Isteriku tanggal 1 April 2004… tapi sesudah genap 10 tahun berlalu tak juga aku tulis cerita ini walaupun di kelapangan yang Allah berikan, sempat aku coretkan empat (4) kisah kematian dalam Siri “Cemburunya Aku Matinya Begitu”. [Kesemua 4 entry “Cemburunya Aku Matinya Begitu” dikongsi di laman web: www.seesharpminor.com ].  Di kesempatan Umrah kali ini, seperti biasa aku selesaikan tahlul setelah Tawaf & Sa’ie diikuti dengan niat nak tulis cerita ni bila balik ke rumah nanti. Kenapa sekarang? Biarl...