Skip to main content

Bila Hati Menegur Jiwa

...tiba2 aku terfikir...

Kita semua ada kelemahan & kekurangan masing2 selain kekuatan & kelebihan. Adunan segala kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan ini semualah yang menjadikan kita unik dengan sikap & personaliti tersendiri.

Seringkali kita melihat dunia, persekitaran hatta insan lain di sekeliling kita dalam perspektif masing2 yang unik bersandarkan adunan sifat kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan kita ini dengan sangkaan inilah sebenarnya kebenaran yang haq & mutlak.

Persoalannya sejauh manakah benarnya tanggapan & perspektif kita selama ini? Adakah kita benar kerana majoriti pandangan orang lain di sekeliling kita yang menyokong kesimpulan kita? Sejauh mana pula kebenaran orang lain di sekeliling kita yang secara amnya juga adalah insan unik yang berbaur kelemahan, kekurangan, kekuatan & kelebihan seperti kita?

Dalam banyak perkara, lazimnya kita rasa kita masih berkesedaran selagi sering meminta pendapat dan nasihat orang lain untuk menguatkan pandangan sendiri. Namun di suatu sudut yang lain pula, ada kalanya kita juga turut terlalai dalam sedar. Kita alpa dalam jaga. Kita tetap rasa selesa mendahulukan pandangan kemanusiaan mengatasi pandangan kasih sayang Tuhan. Barangkali inikah sebahagian dari keunikan insan?

Baginda Rasul s.a.w dengan penuh rasa sayu & hiba mengingatkan kita dalam khutbah terakhir Baginda bahawa kita tak akan sesat selagi berpegang kepada 2 perkara; Kitab Allah & Sunnahnya. Namun di manakah kita dalam meniti arah kehidupan? Adakah kita sentiasa dapat berpegang kepada saranan Baginda Rasul s.a.w hingga ke saat kita tercari & terkapai membuat pilihan & keputusan biar sekecil mana pun ia?

Duhai Jiwa... Izinkan Hati ingin bertanya. Di mana letaknya Allah & Muhammad dalam diri hamba?

wallahu a'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Cerita Kampung Istana

“Ady tak setuju lah dengan cara sesetengah orang tua-tua sini cakap pasal masjid lama tu”. Terpegun sekejap aku dengar Ady cakap macam tu. Bukan apa…  aku memang tak sangka anak muda berusia 20an yang sekali imbas dengan rambut paras bahu, berseluar jeans lusuh, dengan kemeja-T bercapuk cat sebab baru balik kerja tiba-tiba bagi komen pasal masjid di kampungnya. Aku takjub sebab Ady masih nak ambil tahu pasal cerita masjid lama di kampungnya yang kini sudah tidak lagi digunakan kerana sudah ada masjid baru sebelah sekolah agama. Tambah terkesima aku dengan apa yang Ady tahu berkenaan sejarah masjid lama kampungnya yang dibina pada zaman selepas British keluar dari Tanah Melayu. “Ada orang kampong sini cakap memang eloklah dipindahkan masjid ke tapak baru sebab asal tapak tanah masjid lama tu pun bukan baik sangat. Sebelum dibina masjid, tapak tanah tu ada kedai kopi tentera British. Faham-faham sajalah kalau zaman dulu kedai kopi dan rumah tumpangan orang putih mestilah bany...

Kopi Tongkat Ali; Nak Tambah Kuat Lagi?

Abang mau itoo tulur sitengah masak ka? Sudah minum tongkat ali, makan tulur la bang… kasi power kuat punya… Tanggapan. Aku ingatkan mamak yang ambik order tadi memang rekomen telur separuh masak untuk digandingkan dengan kopi tongkat ali 5 dalam 1 sebab boleh tambah tenaga orang jantan. Tapi bila aku fikirkan balik, alahhh… dia meniaga, memanglah suka pelanggan yang macam-macam ordernya. Kopi Tongkat Ali; apa sebenarnya yang dijual? Serbuk kopi segera… dengan KHASIAT memperkuatkan tenaga. Boleh kaya orang yang jual kopi segera ini di Malaysia. Sampai mampu bagi hadiah pertandingan satu juta.

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat. Rujuk link:  Check out "Touch of Quran" -  https://play.google.com/store/apps/details Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan; http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png "Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18)  Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah ...