Skip to main content

Posts

Bebunga Raya Di Jalanraya

Saban tahun menjelang Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu di Malaysia mula mencongak pelbagai perkara. Bagi yang dah berkeluarga lazim giliran ibubapa dan mertua harus dijaga, yang dewasa pula lazim berkira-kira cuti nak balik bila, naik apa, dengan siapa, bawak balik berapa… dan sebagainya. Kalaupun tak begitu semangat nak beraya macam budak-budak yang tak sabar nak bergaya sambil kutip angpow raya, kesibukan nak beraya masih terasa walaupun sebenarnya yang layak dikatakan Aidilfitri itu sehari sahaja. Kemeriahan Aidilfitri berlangsung sampai sebulan di sini, sampai ada yang berkira-kira nak juga buat sambutan rumah terbuka pada tanggal 30 Syawal tanpa menyedari bulan hijrah tersebut boleh jadi 29 saja. Begitu lumrah persepsi yang kalau nak dihalusi pasti masih boleh diperbaiki. Perkara asas yang nak diperhatikan juga masih lumrah iaitu pasal berlebih-lebihan. Bukan niat nak publisiti bila mengkritik amalan kaum keluarga sendiri… Cuma nak ingatkan diri. Lagipun, silap-silap gaya k...

(Chord) Berkat Ramadhan

Atas permintaan penge'like' a.k.a peminat kami di FB, maka dengan rasa rendah diri kami poskan lirik dan chord lagu 'Berkat Ramadhan'. Sebaik-baik muzik adalah zikir mengingati-Nya. Enjoy & Ramadhan Kareem! :) (Verse 1) Am Saat ini yang dinanti Am waktunya menjelma lagi G keberkatan yang dijanji Am ayuh sama kita cari

Thank You note.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Terima kasih kepada para pembaca blog warung kopi see sharp minor yg kini menjangkau lebih 10 ribu. Moga ALLAH terus melimpahkan kekuatan untuk kita istiqamah dalam kebaikan. Thanks to readers of warung kopi see sharp minor blog who are by now exceeding 10 thousand. May ALLAH continues His blessings upon us to remain consistent in goodness. InsyaALLAH. Jazakumullahu khairan. -See Sharp Minor-

Terbalik Rasa, Tersilap Guna, Tersesat Pula

Setiap sesuatu itu seeloknya yang pertengahan. Berlebih-lebihan mahupun terlalu kurang, keduanya lazim tidak mendatangkan hasil yang optimum. Pasti akan ada sahaja kesan sampingan yang tak kena dalam keduanya. Bagi yang menghidap penyakit kencing manis akibat terlebih gula juga begitu. Diabetes yang datang adalah kesan kepada berkurangnya insulin yang sepatutnya bertugas memproses gula menjadi tenaga dalam diri manusia. Memang pada awalnya manis gula tak mengapa, tapi bila dah terpaksa ambil tambahan insulin, gula itu sudah jadi bahaya. Banyak perkara manis dalam hidup kita yang sifatnya umpama gula. Sekadar yang patut boleh saja, tapi bila berlebih-lebih, tunggulah akibatnya. Kemudahan yang mewarnai kehidupan harian kita dalam dunia hari ini juga banyak yang pada awalnya nampak semanis gula tapi boleh bertukar kepada aniaya bila disalah guna. Teknologi ICT umpamanya; kalau berkadar diguna ikut keperluan sahaja jarang sekali menjadi perosak agama, budaya dan resam hidup manusia, tet...

Khabar Sekitar Perkhabaran

ALHAMDULILLAH… Ramadhan yang diberkati menjelma lagi. Kita yang masih dapat baca artikel ini maknanya masih bernyawa. Peluang yang ALLAH bagi untuk terus menghirup udara dunia yang masih percuma. Kalau tidak kerana bulan puasa sekali pun, kita sentiasa punya sebab untuk tak kurang menyatakan kesyukuran atas segala rahmat Tuhan. Inikan pula dapat peluang meneruskan sisa usia melalui bulan yang mulia sebelum masing-masing nanti dijemput mengadapNya. Sekali lagi ALHAMDULILLAH & terima kasih ALLAH atas segalanya. Di akhir Sya’ban baru-baru ini, beberapa perkara sempat menjadi tajuk berita yang menggamit perhatian ummat Islam di sini khususnya. Tolak tepi cerita politik yang takkan putus dari mewarnai agenda masyarakat Malaysia, ummat kita masih punya perkara yang layak menuntut rasa cakna. Rata-rata bagi yang sudah bijak menghargai nilai berpuasa, semakin ramai yang tahu dan mahu bersuara agar ibadah istimewa setahun sekali ini dapat dijaga dari dicemari. Kalau sedekad sebelum ini pas...

Human Cockroach Clan

The first fossils of modern cockroaches with internal ovipositors appear approximately during the Cretaceous period which refers to the age following Jurassic, more than 300 million years ago. The term modern cockroach is used because the fossils are similar in nature to cockroaches we see today. Ancestors of these cockroaches survived extinction events of this world, just to pest around scavenging waste disposals? Well, that doesn’t sound too smart of a reason for the Creator of this annoying creature. ALLAH s.w.t recorded in Surah Ali Imran : Verse 191, “Men who celebrate the praises of Allah, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creation in the heavens and the earth, (With the thought): Our Lord! not for naught Hast Thou created (all) this! Glory to Thee! Give us salvation from the penalty of the Fire”. If it’s “not for naught” then the cockroaches too must have its own wisdom of creation. According to the same Qur’anic verse upon...

Kerana Syurga Bukan Percuma

“Kadangkala kefakiran menjerumuskan kepada kekufuran” Ujar Muhammad s.a.w kepada para sahabatnya yang lazim mendengar dengan penuh ketaatan. Agaknya berapa peratus jumlah ‘kadangkala’ yang disebut dalam hadith ini menjadi statistik semasa? Dalam dunia serba canggih dengan segala macam teknologi yang memudahkan pada hari ini, nampak gayanya tak kurang juga yang kufur bukan kerana fakir. Malahan mungkin lebih banyak jumlahnya yang kufur dalam berada. Mengimbau kisah-kisah tulisan Wahid Kasran di Utusan yang suatu ketika dahulu merupakan bacaan popular mingguan sekitar tahun 90an, banyak juga kedapatan kisah manusia melayan nafsu dengan imbuhan keduniaan. Tak kurang juga yang memperdagangkannya untuk imbuhan yang sama. Polarisasi fikrah manusia yang dipancang dan diperdaya dengan harta, kuasa dan serakah jantina adalah agenda lapuk Iblis dan sekutunya semenjak kita mendiami bumi tetapi masih tegar kita lalui berulang kali sehingga ke hari ini.