Skip to main content

Posts

Cemburunya Aku Matinya Begitu (3)

Kisah Cinta Pak Imam Duda dengan Janda Setia “Kak Idah dah meninggal hari jumaat baru ni” langsung terhenti sebak suara Mak memberitahu khabar kematian sahabatnya yang aku juga kenal. Kami berjiran tinggal sekampung. Arwah Kak Idah orangnya mesra. Sikapnya yang suka bergurau dengan keluarga kami membuatkan kami menganggapnya umpama saudara dekat. Tambahan pula statusnya sebagai janda berusia sekitar 50an yang tinggal berseorangan di rumah peniggalan arwah suaminya, menjadikan Mak yang memang merupakan seorang aktivis masyarakat lebih akrab dengannya. Inna lillahi wa inna ilaihi raji’uun... Arwah suami Kak Idah ada seorang anak lelaki bersama arwah isteri pertamanya, jadi Kak Idah adalah ibu tiri kepada anak ini yang kini bekerja di Singapura. Pernah terdengar Kak Idah bercerita dengan Mak sewaktu hayatnya. “Minggu depan anak saya nak balik sinilah Cikgu”. Kak Idah membahasakan Mak aku ‘Cikgu’ sebab Mak memang Ustazah yang mengajar agama di kelas dewasa. “Jadi minggu depan s...

BerHIJRAH biar BerARAH

Abah mana? Tak adhe, abhah pegi Baraan. Jawab anak muda Kg Seri Paya yang baru lepas SPM. Takpekat sangatlah slang jawanye bila aku tanya bapak dia Wak Salam pergi mana? Budaya ‘Baraan’ Hari Raya di kampong-kampong keturunan Jawa khususnya sekitar area Parit Raja Batu Pahat masih diteruskan sampai hari ini. Nota: Ader sorang budak SeeSharpMinor dudok area Taman Yu yang ader Mekdonel Parit Raja. Anak Imam ;-) Dengar cerita budak SeeSharpMinor ada yang baru balik keje kat Mekah. ALHAMDULILLAH. Bukan untuk dibangga. Banyak lagi anak Melayu Malaysia yang handal-handal dudok di sana. Ader dokter, enginiyer, loyer, bawak helicopter… semua ader. Lagi power deorang nih sumer dari budak-budak SeeSharpMinor yang baru setahun dua. Nota Selingan: Assalamualaikum Tuan Haji Fendi (Ayahnda ranting Jeddah yang bukan tiga line ;-) Ader juga yang bertanya… Besar ke deorang bayar buat kerja kat sana? Nak jawab pon segan. Tapi korang yang tanya nih nampak tak kat Mekah sana ada KAABAH? A...

Sempadan Ramadan

Tiap yang mula akan berakhir, tiada ku takut akan cobaan… Layan jugak lirik lagu Alleycats yg diputar berselang lagu raya. Makin berusia aku rasa makin hilang sentimen dengar lagu raya. Nak kata tua sangat tu tidaklah, tapi lagu raya memang sesuatu yang aku dah muak nak dengar sejak beberapa tahun sebelum ni lagi. Tak kiralah masa dengar lagu tu aku ada dalam negeri atau pun kat luar, sama jer. Dah tak ada rasa syahdu syawal dalam minda aku ni dah bertahun lamanya. Alhamdulillah tahun ini geng See Sharp Minor berpeluang memulakan puasa sehari lebih awal dari Malaysia. Kami mula berpuasa pada hari Jumaat di Taif sekembali dari penggambaran di Riyadh, Arab Saudi. Kebanyakan Negara barat seperti U.K, USA, Canada dll juga banyak yang mula puasa pada hari Jumaat. Malaysia mula puasa hari Sabtu. Takpe lahhh… Malaysia kan Negara Islam yang ada ahli falaq dan ulama sendiri. Tentulah bijak pandai agama yang ada disini tau apa nak dibagitau ke penyimpan mohor besar raja-raja kenapa Malay...

Hujan Batu Di Negeri Sendiri

Orang tua-tua dulu cakap macam tu… Dari dulu aku cuba nak pahamkan kenapa macam tu? Sampai hari ini masih tak terjangkau akalku. Kenapa perlu bermatian mempertahankan tanahair? “Ask not what the country did for you but what have you done to your country”. Itu cakap orang putih. Dalam Bahasa Melayu maksudnya lebih kurang, “jangan dipersoal apa yang Negara lakukan untuk anda tetapi tanyalah pada diri sendiri apa yang anda dah buat untuk Negara?”. Banyak kali aku cuba bersetuju dengan pepatah orang dulu-dulu… tapi kerap sangat aku jumpa alasan yang boleh menyangkal cakap itu. Kepercayaan setempat yang bersandar hukum adat sentiasa wajar disangkal oleh Syariat yang bersendikan hukum Islam sejagat. Kalau dulu aku tak nampak sangat beza Muslim dan Melayu. Sejak lahir dan besar di Tanah Melayu, aku dah banyak kali dengar pasal ketuanan bangsa kepada negaranya. Memang ada bahagian yang aku setuju… Cuma tak salah juga aku rasa kalau yang patut kita utamakan adalah ketuanan AGAMA kepada ...

Aper cer? Lu idop lagi ker der??

Hekk ellehhhh… lopek la luu… ntah aper2 ntah…” Pening jugak aku kadang-kadang dengar anak Melayu bersembang bahasa yang sepatutnya aku paham tapi bila aku dengar aku tak paham… Aku ni berdarah jawa. Walaupun aku tak terer speaking Javanese, tapi buleh la jugak aku paham kalo orang jawa bersembang. Nak kata budak-budak Melayu yang sembang pelik tu bugis atau banjar… I don’t think so sebab dia orang budak area Kajang. Itu cuma cetusan pertama yang terpancut di benak minda aku yang kontot… muahahahahaha… Opsss sori ter’over’ plak gue… Ok, cetusan kedua. Aku rasa masa jaman aku budak muder dulu pon, orang tua aku sendiri pon mungkin tak berapa paham bahasa aku. Tambah laaa aku budak bee pee… lobey kacap telabik. So, inilah rasanya bila bahasa yang kita tuturkan beralun rentaknya meniti usia. Owwhhhh camtu jer. So takder la salah sangat pun. Cuma berbeza perisa dek kerana pandangan usia yang berbeza. Masa zaman 60an di Malaysia, Pop Yeah Yeah top… 70an hippies pulak top, diikuti Po...

Rupa-rupanya Solat itulah Petanda Syurga… Subhanallah

Takbir… termasuklah takbiratul ihram (takbir pertama ketika solat) mengagungkan Tuhan sekalian alam semesta. ALLAHU AKBAR. ALLAH Maha Besar. Bila sebut ALLAH Maha Besar, sepatutnya kita sebagai hamba ALLAH kena faham sekali yang kita ni kecik jer… Perkataan pertama yang disyariatkan dalam solat bermula dengan peringatan kita ini hamba kepada Tuhan bernama ALLAH Yang Maha Besar. Tuhan Yang Maha Berkuasa. Tuhan Yang Maha Pemurah, Mengasihani dan segala sifat terpuji selayaknya bagi Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi. Itu baru intro untuk Solat. Bagi yang fasih dan faham Bahasa Arab, peluang memahami setiap bait patah perkataan yang ditutur sepanjang solat adalah suatu rahmat. Yang tak faham takpe… boleh pegi belajar dengan Ustaz-ustaz yang mengajar kuliah di masjid dan surau berdekatan anda. Kita pernah dengar kempen, “Rumahku Syurgaku”. Secara dasarnya kempen itu baik. Cuma barangkali yang terkurang adalah penekanan terhadap penghayatan dan pemahaman SOLAT kepada setiap i...

BISIK KASIH

Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin... Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin. Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih, Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih... Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij alalmuslimin... Duhai Tuhan yang Pengasih, pandanglah kami dengan kasih, Dikau Tuhan yang dikasih, moga kami Dikau pilih... jadi hamba yang terpilih. Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin... Ya Rahman Ya Rahim,  Ya Fattah Ya Alim,  Ya 'Azim, Ya Karim, Ya Rabbal 'alamin.. Ya Allah yg Berkuasa, Hati ini dikau pembuka, Ya Allah yang Mendengar, Kasihi kami Ya Allah.. Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, Ya Arhamarrahimin, farrij 'alal muslimin.. Duhai Allah pemilik cinta, ku merayu bagai hamba, Cintailah daku Ya Allah, Ku mencintaimu Ya Allah Ya Allah Ya Allah... ...