Skip to main content

Posts

Mana BERSIHnya Kita?

Musim haji 1432 sudah berlalu. Tahun baru hijrah 1433 sudahpun menjelma. Ummat Islam seluruh dunia masih suam menyambut kepulangan jemaah haji dari tanah suci sedang pada masa yang sama meraikan kedatangan tahun baru taqwim hijri. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun hijrah yang lalu samada di peringkat individu mahupun kolektif. Antara lainnya yang ketara sepanjang tahun yang lalu ialah gelombang kebangkitan rakyat timur tengah yang majoritinya ummat Islam kelihatan semakin reda di penghujung tahun 1432H. Bagi para jemaah haji yang baru menunaikan rukun Islam kelima tahun lalu, pastinya banyak cerita yang mahu dikongsi bersama handai taulan dan keluarga. Di sebalik kenangan kemanisan beribadah di tanah suci dan cabaran yang dilalui, pastinya memori bermalam di Mina semasa menunaikan haji takkan dapat dilupakan. Bagi rakyat Malaysia yang berada di dalam Negara barangkali masih ingat kekeliruan mesej tweeter kepala Negara yang mendakwa sudah selesai ibadahnya seawal hari raya ha...

Choices in Chances

How many times have we come across chances to do something right in our lives but yet in the end it turns out unlike what’s expected? Do we need to initiate chances by strengthening our choices or is it adequate to just hope and wait for the right chance to swing by? Either way when it comes to map the future, nothing is absolutely certain… especially as far as time is concerned. Of course it’s easy to say, “Failing to plan is planning to fail” but reality simply speaks different lingo at times. Inasmuch we plan and execute accordingly, fate is still an undeniable overruling factor. As a normal human being, choosing things in life begins as early as we are able to think. In Islam the age of ‘Mumayyiz’ signifies a stage when kids can start to differentiate basic good and bad things. Some say it’s between the ages of 3 to 10 years old while some other scholars say 7 years old. As early as this age, Muslim kids who are able to think like a normal human being can already be given the ...

Bebunga Raya Di Jalanraya

Saban tahun menjelang Aidilfitri, kebanyakan orang Melayu di Malaysia mula mencongak pelbagai perkara. Bagi yang dah berkeluarga lazim giliran ibubapa dan mertua harus dijaga, yang dewasa pula lazim berkira-kira cuti nak balik bila, naik apa, dengan siapa, bawak balik berapa… dan sebagainya. Kalaupun tak begitu semangat nak beraya macam budak-budak yang tak sabar nak bergaya sambil kutip angpow raya, kesibukan nak beraya masih terasa walaupun sebenarnya yang layak dikatakan Aidilfitri itu sehari sahaja. Kemeriahan Aidilfitri berlangsung sampai sebulan di sini, sampai ada yang berkira-kira nak juga buat sambutan rumah terbuka pada tanggal 30 Syawal tanpa menyedari bulan hijrah tersebut boleh jadi 29 saja. Begitu lumrah persepsi yang kalau nak dihalusi pasti masih boleh diperbaiki. Perkara asas yang nak diperhatikan juga masih lumrah iaitu pasal berlebih-lebihan. Bukan niat nak publisiti bila mengkritik amalan kaum keluarga sendiri… Cuma nak ingatkan diri. Lagipun, silap-silap gaya k...

(Chord) Berkat Ramadhan

Atas permintaan penge'like' a.k.a peminat kami di FB, maka dengan rasa rendah diri kami poskan lirik dan chord lagu 'Berkat Ramadhan'. Sebaik-baik muzik adalah zikir mengingati-Nya. Enjoy & Ramadhan Kareem! :) (Verse 1) Am Saat ini yang dinanti Am waktunya menjelma lagi G keberkatan yang dijanji Am ayuh sama kita cari

Thank You note.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar. Terima kasih kepada para pembaca blog warung kopi see sharp minor yg kini menjangkau lebih 10 ribu. Moga ALLAH terus melimpahkan kekuatan untuk kita istiqamah dalam kebaikan. Thanks to readers of warung kopi see sharp minor blog who are by now exceeding 10 thousand. May ALLAH continues His blessings upon us to remain consistent in goodness. InsyaALLAH. Jazakumullahu khairan. -See Sharp Minor-

Terbalik Rasa, Tersilap Guna, Tersesat Pula

Setiap sesuatu itu seeloknya yang pertengahan. Berlebih-lebihan mahupun terlalu kurang, keduanya lazim tidak mendatangkan hasil yang optimum. Pasti akan ada sahaja kesan sampingan yang tak kena dalam keduanya. Bagi yang menghidap penyakit kencing manis akibat terlebih gula juga begitu. Diabetes yang datang adalah kesan kepada berkurangnya insulin yang sepatutnya bertugas memproses gula menjadi tenaga dalam diri manusia. Memang pada awalnya manis gula tak mengapa, tapi bila dah terpaksa ambil tambahan insulin, gula itu sudah jadi bahaya. Banyak perkara manis dalam hidup kita yang sifatnya umpama gula. Sekadar yang patut boleh saja, tapi bila berlebih-lebih, tunggulah akibatnya. Kemudahan yang mewarnai kehidupan harian kita dalam dunia hari ini juga banyak yang pada awalnya nampak semanis gula tapi boleh bertukar kepada aniaya bila disalah guna. Teknologi ICT umpamanya; kalau berkadar diguna ikut keperluan sahaja jarang sekali menjadi perosak agama, budaya dan resam hidup manusia, tet...

Khabar Sekitar Perkhabaran

ALHAMDULILLAH… Ramadhan yang diberkati menjelma lagi. Kita yang masih dapat baca artikel ini maknanya masih bernyawa. Peluang yang ALLAH bagi untuk terus menghirup udara dunia yang masih percuma. Kalau tidak kerana bulan puasa sekali pun, kita sentiasa punya sebab untuk tak kurang menyatakan kesyukuran atas segala rahmat Tuhan. Inikan pula dapat peluang meneruskan sisa usia melalui bulan yang mulia sebelum masing-masing nanti dijemput mengadapNya. Sekali lagi ALHAMDULILLAH & terima kasih ALLAH atas segalanya. Di akhir Sya’ban baru-baru ini, beberapa perkara sempat menjadi tajuk berita yang menggamit perhatian ummat Islam di sini khususnya. Tolak tepi cerita politik yang takkan putus dari mewarnai agenda masyarakat Malaysia, ummat kita masih punya perkara yang layak menuntut rasa cakna. Rata-rata bagi yang sudah bijak menghargai nilai berpuasa, semakin ramai yang tahu dan mahu bersuara agar ibadah istimewa setahun sekali ini dapat dijaga dari dicemari. Kalau sedekad sebelum ini pas...