Skip to main content

Posts

Kenapa TIDAK HARAM #BoikotPRU?

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan yang memfatwakan 'Haram' bagi mereka yang tidak keluar memilih pemimpin ketika Pilihanraya Umum sekiranya berkemampuan adalah suatu pandangan Harmoni yang selayaknya dihormati. Pandangan Fatwa HARAM tidak keluar mengundi ini sesuai dan serasi untuk sebuah negara yang memilih Demokrasi Berperlembagaan sebagai Dasarnya. http://www.astroawani.com/berita-politik/kempen-undi-rosak-haram-mufti-wilayah-persekutuan-168131 Pada masa yang sama juga untuk PRU14 yang bakal menjelang ini golongan skeptik Politaik yang menjalankan kempen maya #UndiRosak & #BoikotPRU14 semakin mula dirasakan kewujudan yang berkemungkinan membentuk "Gelombang KUASA Minda Alternatif" mencecah jutaan orang pada pilihanraya akan datang. Golongan pengundi baru yang masih muda adalah majoriti kepada "Gelombang Ketiga" ini. Tidak adil membicarakan Politaik Malaysia jika nama PAS tidak dibicarakan sekali. Parti Islah Semalaysia yang dianggotai Tu
Recent posts

Siapa AHZAB?

Qunut Nazilah. "Ya Allah kami letakkan kamu di batang leher musuh-musuh kami, Dan kami berlindung Dengan-Mu dari kejahatan mereka, “Ya Allah hancurkan kumpulan mereka, “Ya Allah pecahkan pakatan mereka, “Ya Allah leburkan penderian mereka, “Ya Allah musnahkan langkah mereka, Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka, “Ya Allah Yang Maha Memaksa, “Ya Allah Yang Maha Perkasa, “Ya Allah Yang Maha Membalas, “Ya Allah,“Ya Allah, “Ya Allah, Yang turunkan kitab, Yang gerakkan awan, Yang tewaskan tentera Ahzab, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka, Kalahkan mereka Dan menangkanlah ke atas kami." Doa Qunut Nazilah adalah doa yang sama diseru oleh para pembela Palestine, Syria, Iraq, Rohingya, Central Africa, East Turkistan (Uyghur), Chechnya, Ahwaz (Sunni Iran), dll apabila Ummat Islam dizalimi PERANG yang membunuh, memperkosa dan mencabul segala hak asasi manusia. DALIL PENSYARIATAN QUNUT NAZILAH Daripada Anas bin Malik RA: أَنَّ رِعْلاً وَذَكْوَانَ وَعُصَيَّةَ وَبَنِي لَحْي

Siapa pilihan Malaysia selain wakil Parti?

Menjelang PRU14 yang semakin dirasakan hampir, pentas Undi Demokrasi kali ini bakal dipusing lagi. Setakat hari ini tuntutan Bersih yang sudah diresapi LGBT seakan sayup tidak kedengaran lagi. Kalau nak buat lagi Bersih ni pun orang dah makin BENCI bila Che Det turun ke jalanan menjilat semula ludahnya yang menghina gerakan Reformasi menentangnya pada hujung 90an. Menarik sungguh permainan Che Det kali ini yang turut dibaca oleh sesetengah penganalisis sebagai pementasan WAYANG untuk menyelamatkan UMNO & kerajaan BN sedia ada. Mahathir Mohamed sememangnya lagenda Malaysia. 22 tahun perintah Malaysia takkanlah tak Legend. Keupayaannya menggenggam kemas telur-telur para menteri kabinetnya dulu sangat dikagumi lawan & kawan. Najib Razak juga tidak kurang hebatnya buat UMNO & BN. Kuasanya menggerakkan dana negara menjadi pujaan golongan politikus oportunis yang sentiasa dahagakan Bahagian masing-masing. Seperti Mahathir, anak muridnya ini juga bijak main pusing-pusing dui

Sepatutnya PAS hanya Parti ISLAH Semalaysia... Sila Tukar!

Penggunaan JENAMA Agama Islam untuk tujuan parti politik secara dasarnya sah di sisi undang2 banyak negara meskipun secara teknikalnya banyak yang hanya menggunakannya untuk MENUNGGANG Agama. Aura Agama datang dengan Hukum Halal & Haram. Menggunakan jenama Islam secara automatik memikul aura penegak hukum Halal & Haram di sisi Allah. Tetapi malang sekali kita di sini sudah terlalu banyak kali menjadi saksi Agama Islam dimanipulasi demi UNDI, Halatuju parti politik yang menggunakan perkataan Islam di Malaysia ini sebenarnya hanyalah 'Islah' atau reformasi ummat Melayu dalam kerangka Demokrasi yang mendukung undang2 Sivil Berperlembagaan berdasarkan Common Law Queen British. Bukan Hudud sebenar Syariat Allah swt & Sunnah Nabi s.a.w yang mendasar dalam perjuangan PAS kerana ini bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. PAS hanya berusaha dalam kerangka reformasi Ummat Melayu di sini agar mengadaptasi Demokrasi. Adaptasi Islam ke dalam acuan Demokrasi adalah JE

Satu Sentuhan AlQuran

Masa dapat link dari Sahabat See Sharp Minor pasal mobile apps "A Touch of Quran" yang dah siap dimuat naik ke android playstore, masa tu hari Jumaat. Rujuk link:  Check out "Touch of Quran" -  https://play.google.com/store/apps/details Oleh kerana masa tu tengah belum sempat muat turun apps tu, aku pergilah solat Jumaat dulu. Selesai Khutbah yang mengingatkan Ummat bahaya dan kesan arak serta judi kepada masyarakat, Pak Imam pun solat... Aku biasa dengar ayat yang Pak Imam baca ni... Surah Al-A'laa. Sampai habis solat aku teringat2 antara maksud Surah Al-A'laa yang pernah aku baca tafsirnya. Di akhir Surah disebutkan; http://www.surah.my/assets/s087/a018-c277b47772b844db7904fd2402d6e573.png http://www.surah.my/assets/s087/a019-45eaa181b9ac29549673b90078bae983.png "Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu (18)  Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa. (19)" Surah

Cemburunya Aku Matinya Begitu (5.0)

Kelmarin aku ke Mekah lagi. Rasa rindu kepada Arwah Isteri secara automatik menggerakkan hati aku untuk menghadiahkan umrahku kali ini buatnya lagi. Alhamdulillah… Syukurku padaMu Duhai Tuhan Sekalian Alam yang tidak lokek menjemputku bertandang lagi ke RumahMu Baitullah Yang Mulia dalam ihram Umrah Cinta. Thank you ALLAH… Buat Ummi Aishah, moga ALLAH sampaikan umrah ini buat mu dengan secantik RahmatNya.  Aku (Penulis) dah lama terpikir nak tulis kisah kematian Isteriku tanggal 1 April 2004… tapi sesudah genap 10 tahun berlalu tak juga aku tulis cerita ini walaupun di kelapangan yang Allah berikan, sempat aku coretkan empat (4) kisah kematian dalam Siri “Cemburunya Aku Matinya Begitu”. [Kesemua 4 entry “Cemburunya Aku Matinya Begitu” dikongsi di laman web: www.seesharpminor.com ].  Di kesempatan Umrah kali ini, seperti biasa aku selesaikan tahlul setelah Tawaf & Sa’ie diikuti dengan niat nak tulis cerita ni bila balik ke rumah nanti. Kenapa sekarang? Biarlah aku da

Wrong Promo...???

Many of us couldn't see exactly how others look at things from their respective views... literally and technically speaking. The intricacy of such problemation may starts as intriguing. Intensity of one wanting to persuade others to see the way he/she sees can turn intrigue into deceit, if one's intention is slanted towards who is better AGAINST each other. The Ultimate TRUTH remains AlQuran & Sunnah. All Imams of the 4 major schools of thought uphold similar principle when it comes to referring back to the source of TRUTH. These sources coherently focus on WHAT is RIGHT for the Ummat. An important foundation in Islam regarding responsibility as a Muslim is "امر بالمعروف و نهى عن المنكر Amar Ma'ruf Nahi Munkar " or "Enjoining what is Right Forbidding what is Wrong". There are 2 kinds of actions required within the said phrase; (1) Enjoining what is Right, (2) Forbidding what is Wrong. Islam is a complete religion with abundance of goodn